Pelakon Lufya Kecewa Didakwa Tidak Beri Kerjasama Pada Polis “Saya Ada Bukti…”

Pelakon Lufya Kecewa Didakwa Tidak Beri Kerjasama Pada Polis “Saya Ada Bukti…”

PELAKON Lufya Omar menafikan dakwaan dirinya tidak memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa ekoran insiden pergelutan dan cubaan menculik anak perempuannya, Laana Haura pada Jun lalu.

Jelas Lufya, dia akui kecewa dengan penyebaran berita berkenaan dan menegaskan telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan kes ini.



“Kali pertama saya datang buat laporan polis di Mutiara Damansara. Malah siap diambil gambar kesan luka saya dan disoal siasat dengan mereka lebih kurang tiga jam.

“Kali kedua saat hampir tiba ke balai polis di Petaling Jaya, pihak mereka terpaksa membatalkan temu janji kerana ada acara malam sebelumnya habis lewat.

“Malah alasan mesin fotostat turut diberi hingga segala urusan ditangguh. Tapi saya bukan mahu cari fasal dengan polis. Mereka boleh berurusan dengan saya tanpa membabitkan media.

“Kenyataan dikeluarkan media itu seolah-olah saya tak pernah datang ke balai polis untuk memberikan kerjasama. Saya mahu hal ini diselesaikan segera dengan pihak berkuasa tanpa perlu mendedahkan apa saja kelemahan terjadi,” katanya.



Untuk rekod Lufya membuat laporan polis berhubung kejadian berlaku di Balai Polis Kota Damansara kira-kira 6 pagi pada 29 Jun lalu.

Dalam masa sama, Lufya turut berkongsi paparan skrin bukti perbualannya bersama pihak berkuasa.

Terdahulu, Lufya berdepan detik cemas apabila anak perempuannya cuba diculik di sebuah taman permainan di Damansara dan dirinya sendiri turut dipukul dalam pergelutan terbabit. — Gempak

Pelakon Lufya Kecewa Didakwa Tidak Beri Kerjasama Pada Polis “Saya Ada Bukti…”



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3



Soo Wincci rasa tenang masuk masjid



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker