Carca Marba Dalam Sistem Perundangan Dan Kehakiman Negara

Oleh Tun Teja

SISTEM Perundangan dan Kehakiman negara kini dilihat berada dalam keadaan carca marba. Semua ini berlaku di zaman Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri.

Tommy Thomas menerbitkan memoir bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” pada Januari 2021 mendakwa wujud penyalahgunaan kuasa dalam isu pelantikan hakim, campur tangan melampau badan eksekutif dalam badan kehakiman, pendakwaan terpilih dan bersifat politik serta pelanggaran sumpah kerahsiaan.

Perbicaraaan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC dikatakan tidak dijalankan dengan adil. Usaha beliau untuk membawa “bukti Nazlan” dalam perbicaraan tersebut ditolak sedangkan ianya mampu membebaskan Najib dari sebarang pendakwaan dan hukuman. Permohonan penangguhan untuk memberi masa kepada peguam yang baru dilantik membela dengan hujah lengkap turut ditolak.

Surat penghakiman terhadap Najib juga bocor beberapa hari sebelum hukuman dijatuhkan. Dan yang terbaru, surat dari Peguam Negara arah agar dipercepatkan kes Datuk Seri Zahid Hamidi pula viral di media sosial.

Benarlah sistem perundangan dan kehakiman negara berada dalam keadaan carca marba.

Perdana Menteri Pakatan Harapan menukar Peguam Negara, begitu juga Perdana Menteri Perikatan Nasional. Ironinya, Perdana Menteri daripada UMNO/Barisan Nasional (BN) tidak pula boleh menukar atau mengantikan Peguam Negara. Perkara ini dilihat sebagai sangat tidak adil dan ‘double standard’.

Tindakan Peguam Negara mengeluarkan surat gesaan supaya hakim memberi keutamaan kepada kes mahkamah yang dihadapi Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, kemudian menarik balik surat tersebut seolah-olah tiada apa-apa berlaku dilihat sebagai sikap tidak jujur kerana kesan negatif surat itu telah berlaku.

Rakyat mempersoalkan sama ada Ahmad Zahid boleh mendapat perbicaraan yang adil dan telus. Peguam Negara perlu menjawab persoalan tersebut. Imej beliau sudah tercalar.

Kredibiliti dan institusi kehakiman mula dikaitkan dengan percaturan politik sejak Tommy Thomas dilantik sebagai peguam negara semasa pentadbiran singkat Pakatan Harapan.

Peguam negara sebagai badan eksekutif mencampuri urusan badan kehakiman? Mereka sepatutnya menghormati doktrin pemisahan kuasa antara tiga badan; legislatif, eksekutif dan kehakiman.

Mengapa ianya hanya membabitkan kes Zahid dan kes Najib. Kenapa tidak kes-kes rasuah lain yang berprofil tinggi seperti kes Rasuah terowong Lim Guan Eng dan kes rasuah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman?

Lokman Adam melalui satu video mendedahkan perkara 7, 8 dan 9 dalam perjanjian antara Ismail Sabri dan Muhyiddin.

7. Ismail Sabri berjanji tidak akan menukar Peguam Negara

8. Ismail Sabri berjanji mengekalkan Menteri, Timbalan Menteri dan GLC yang dipegang oleh pemimpin PPBM dan PAS.

9. Ismail Sabri berjanji akan segerakan kes Najib dan kes Zahid untuk dihantar ke penjara.

Jika benar butiran perjanjian ini maka Ismail Sabri antara individu yang berkomplot menganiaya Datuk Seri Najib. Dan Datuk Seri zahid akan menjadi mangsa seterusnya.

Memang carca marba sistem perundangan dan kehakiman kita disebabkan beberapa pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker