Petronas umum dividen tambahan RM25 bilion untuk kerajaan
Petronas umum dividen tambahan RM25 bilion untuk kerajaan
Petronas hari ini mengumumkan dividen tambahan sebanyak RM25 bilion untuk disalurkan kepada kerajaan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan bayaran dividen sebanyak RM50 bilion bagi 2022.
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, berkata dividen itu adalah tambahan kepada RM25 bilion yang telah diluluskan pada Februari.
“Dividen tambahan RM25 bilion itu telah diluluskan oleh pihak Lembaga Pengarah selepas meneliti kemampuan kumpulan untuk terus membiayai operasi, melunaskan hutang dan memenuhi obligasi serta melabur bagi pertumbuhan masa depan,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan prestasi kewangan bagi separuh pertama kumpulan yang berakhir pada 30 Jun 2022.
Mengulas selanjutnya, Tengku Muhammad Taufik berkata, jumlah pembayaran dividen sebanyak RM50 bilion pada 2022 itu juga adalah antara yang tertinggi pernah dibuat oleh kumpulan tersebut selepas pembayaran RM54 bilion, pada 2019.
Ditanya sama ada bayaran dividen tambahan itu akan memberi kesan kepada Petronas, beliau berkata, kumpulan perlu berbelanja secara berhemat namun pada masa sama mampu meraih keuntungan.
Menurutnya, Petronas juga kekal komited untuk meningkatkan pelaburan diluluskan bagi memastikan operasi yang kekal berdaya tahan di masa depan dalam usaha ke arah peralihan tenaga. FMT
Petronas umum dividen tambahan RM25 bilion untuk kerajaan
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin patut dinobat pelakon terbaik Malaysia
- Surat bersifat hina mahkamah, Zaid minta ketua hakim negara ambil tindakan
- Dapat kata laluan menerusi WhatsApp, baru boleh masuk hotel
- 6 berita gembira pengumuman PM khas buat penjawat awam
- Tunggu tindakan saya, Hisyam beritahu presiden Badan Peguam
- Mana ada PH amalkan pendakwaan terpilih
- Menara 100 meter dirobohkan dalam masa 9 saat
- Akar umbi Pas, UMNO setuju elak bertembung 27 kerusi MN – Zuhdi
- Sungguh melucukan bila Bersih selar Azalina – Asyraf Wajdi
- Khairuddin bidas PAS, jatuhkan UMNO Melayu, Islam bertentangan dengan keputusan Majlis Syura
- 7 warga asing diberkas kes penemuan mayat pemandu grab
- Sultan Johor tak pernah keluar kenyataan berkait ‘Kerajaan UMNO’
- Isteri naik hantu pukul suami, penyanyi dangdut [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu