UMNO saman Malaysiakini, Astro Awani RM25 juta

UMNO saman Malaysiakini, Astro Awani RM25 juta

UMNO menyaman dua agensi media iaitu Malaysiakini dan Astro Awani, masing-masing sebanyak RM25 juta ekoran penerbitan artikel yang didakwa menfitnah parti itu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, peguam yang mewakili UMNO sudah pun menghantar surat tuntutan saman pemula kepada Malaysiakini dan Astro Awani.

Asyraf Wajdi berkata, pendekatan ‘gentleman’ dan membiarkan fitnah dilemparkan terhadap parti itu selama ini telah mendatangkan kesan mudarat kepada UMNO.

“Insya Allah, jika ada mana-mana lagi pihak termasuk individu yang memfitnah UMNO dengan apa juga bentuk laporan, komentar atau berita palsu, saya dan Pemuda UMNO tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan serupa.

“Sudah tiba masanya untuk bertindak lebih agresif melalui saluran undang-undang dibuat kerana UMNO sudah lama bersikap ‘gentleman’, membiarkan sahaja fitnah berlegar sehingga mencetuskan persepsi negatif yang memudaratkan parti dan seluruh warga pendokongnya,” katanya.

UMNO selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq. Selain saman, kedua-dua media itu dituntut untuk membuat pemohonan maaf sekurang-kurangnya di dua buah akhbar aliran perdana yang akan ditentukan oleh UMNO.

MalaysiaGazette sebelum ini melaporkan Asyraf Wajdi telah menghubungi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan telah berbincang dengan peguam untuk memulakan tindakan saman ke atas Malaysiakini dan Astro Awani.

Malaysiakini disaman berhubung penyiaran berita bertajuk ‘Kata dua Umno buat PM: Bubar Parlimen atau dipecat’ Berita tersebut yang memetik sumber, melaporkan Mesyuarat Biro Politik UMNO baru-baru ini ‘tegang’ dan tekanan diberikan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya segera mengadakan pilihan raya umum atau dipecat daripada parti.

Portal tersebut melaporkan, ada pemimpin UMNO yang hadir pada malam itu meninggikan suara terhadap perdana menteri, khususnya berkaitan hukuman penjara terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Laporan itu kemudiannya dinafikan oleh Asyraf Wajdi yang mendakwa ia tidak benar. Sementara tindakan terhadap Astro Awani dibuat berkaitan laporan berita bertajuk ‘Majoriti Ketua Bahagian UMNO tolak usul desak PM campur tangan kes SRC – Sumber’.

Berita itu melaporkan, mesyuarat tergempar melibatkan ketua-ketua bahagian UMNO yang berlangsung di ibu pejabat parti itu minggu lalu gagal mencapai kata sepakat untuk mendesak Perdana Menteri campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan Najib.

Menurut Astro Awani, sumber dalaman memberitahu, ramai ketua bahagian yang hadir mesyuarat tersebut tidak bersetuju dengan arahan yang dikeluarkan pemimpin utama UMNO. Laporan itu juga dinafikan oleh Asyraf Wajdi yang menyifatkan ia sebagai fitnah. MG

UMNO saman Malaysiakini, Astro Awani RM25 juta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker