Kerjasama PN – PH, Zuhdi beri peringatan
Kerjasama PN – PH, Zuhdi beri peringatan
Pas memberi peringatan kepada Perikatan Nasional (PN) agar tidak sesekali membuka pintu kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ahli Jawatankuasanya, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki menegaskan, parti itu akan menentang habis-habisan sebarang usaha bekerjasama dengan PH sama ada menerusi pakatan pilihan raya mahu pun gabungan politik.
Katanya, penentangan itu selari dengan keputusan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja Pas pada 15 Mei lalu.
“Sebelum ini, Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan PH mahu merungkai tonggak Perlembagaan Persekutuan, oleh itu kerjasama dengan PH adalah sesuatu yang mustahil bagi Pas.
“Matlamat mahu mencari kemenangan sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan Pas yang mahu mendaulatkan Islam, sama sekali tidak dapat diterima oleh pendukung dan penyokong parti ini,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.
Mohd. Zuhdi berkata, PH merupakan ancaman kepada umat Islam dan bumiputera di negara ini sebagaimana yang terbukti semasa 22 bulan mereka memerintah.
Oleh itu, katanya, kerjasama dengan PH sama sekali tidak termasuk dalam agenda penyatuan ummah dan sebarang usaha ke arah berkenaan adalah pengkhianatan kepada umat Islam di negara ini.
Menurutnya, Pas akan terus berusaha untuk menyatukan ummah walaupun masih terdapat pergeseran tajam antara parti-parti yang dianggotai oleh masyarakat Islam. Utusan
Kerjasama PN – PH, Zuhdi beri peringatan
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin patut dinobat pelakon terbaik Malaysia
- Surat bersifat hina mahkamah, Zaid minta ketua hakim negara ambil tindakan
- Dapat kata laluan menerusi WhatsApp, baru boleh masuk hotel
- 6 berita gembira pengumuman PM khas buat penjawat awam
- Tunggu tindakan saya, Hisyam beritahu presiden Badan Peguam
- Mana ada PH amalkan pendakwaan terpilih
- Menara 100 meter dirobohkan dalam masa 9 saat
- Akar umbi Pas, UMNO setuju elak bertembung 27 kerusi MN – Zuhdi
- Sungguh melucukan bila Bersih selar Azalina – Asyraf Wajdi
- Khairuddin bidas PAS, jatuhkan UMNO Melayu, Islam bertentangan dengan keputusan Majlis Syura
- 7 warga asing diberkas kes penemuan mayat pemandu grab
- Sultan Johor tak pernah keluar kenyataan berkait ‘Kerajaan UMNO’
- Isteri naik hantu pukul suami, penyanyi dangdut [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu