Tarif elektrik Eropah naik 10 kali ganda

PARIS – Harga elektrik Eropah melonjak ke paras tertinggi kelmarin sekali gus membayangkan musim sejuk yang getir selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine mencetuskan kegawatan ekonomi di seluruh benua berkenaan.

Kontrak tahun hadapan tenaga elektrik Jerman mencecah €995 euro (RM4,429) untuk satu megawatt jam, manakala Perancis mencatat harga melepasi €1,100 (RM4,897) untuk setiap megawatt jam. Ia merupakan peningkatan lebih 10 kali ganda di kedua-dua negara berbanding tahun lepas.

Di Britain, pengawal selia tenaga, Ofgem berkata, pihaknya akan meningkatkan harga siling elektrik dan gas hampir dua kali ganda mulai 1 Oktober ini kepada purata £3,549 (RM18,6017) setahun.



Ofgem menyalahkan kenaikan harga borong gas global itu kepada peningkatan penggunaan selepas penarikan sekatan Covid-19 dan tindakan Russia menyekat bekalan kepada Eropah.

Republik Czech yang menyandang giliran jawatan Presiden Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan kelmarin bahawa ia akan mengadakan sidang kemuncak krisis tenaga EU pada tarikh paling awal yang mungkin.

Harga tenaga melonjak di Eropah apabila Russia mengurangkan bekalan gas asli ke benua berkenaan dengan kebimbangan lebih banyak pemotongan drastik dibuat pada musim sejuk ketika hubungan antara Moscow dan Barat semakin tegang.

Satu perlima daripada tenaga elektrik Eropah dijana oleh loji janakuasa gas, justeru, kekurangan bekalan akan menyebabkan harga tenaga melambung tinggi.



Harga gas Eropah kelmarin mencecah €341 (RM1,518) megawatt jam MWj, menghampiri rekod tertinggi €345 (RM1,535) yang dicapai pada Mac lepas.

Perang Russia-Ukraine bukanlah satu-satunya punca kenaikan harga tenaga di Perancis.

Penutupan sebilangan reaktor nuklear akibat isu kakisan telah menyumbang kepada kenaikan harga elektrik di Perancis berikutan pengeluaran tenaga menurun mendadak di negara itu.

Hanya 24 daripada 56 reaktor yang dikendalikan oleh syarikat gergasi pembekal tenaga, EDF beroperasi setakat Khamis lalu.



Perancis yang secara tradisinya merupakan negara pengeskport tenaga elektrik, kini menjadi pengimport.

“Musim sejuk akan menjadi tempoh yang sukar bagi semua negara di Eropah,”

“Harga tenaga akan kekal tinggi, mungkin juga akan naik lebih tinggi lagi,” kata Giovanni Sgaravatti yang merupakan pembantu penyelidik  kumpulan pemikir Bruegl di Brussels. – AFP

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung



Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker