Roti Gardenia naik harga lagi
Roti Gardenia naik harga lagi
Gardenia akan menaikkan harga roti keluarannya bermula 1 Sept.
Katanya, impak inflasi terhadap bahan mentah memaksa harga dinaikkan untuk kali kedua bagi tempoh kurang setahun. Kali terakhir harga dinaikkan, pada 1 Dis 2021.
Bermula 1 Sept, Gardenia Original Classic 400g akan dijual pada RM3 (naik 20 sen), Original Classic Jumbo 600g RM4.30 (naik 30 sen) dan Breakthru Wholewheat 400g RM4 (naik 40 sen).
Harga bagi krim gulung – vanila, gula mentega dan karamel masin – dinaikkan kepada 10 sen kepada RM1.10 sen setiap satu.
Siri roti “Toast Em” juga meningkat kepada 50 sen kepada RM5.50.
Dalam semakan harga pada 1 Dis 2021, sebuku Original Classic 400g dinaikkan kepada 30 sen, manakala Original Classic Jumbo 600g dinaikkan kepada 45 sen.
Peningkatan harga terbaharu itu kesan daripada kenaikkan berterusan bahan mentah seperti tepung dan lemak sayuran, kata Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, Koh Chin Huat, dalam suratnya kepada peruncit yang menyenaraikan 53 produk keluaran mereka.
Surat itu disahkan Gardenia di laman sosialnya. Katanya, peningkatan kadar pengangkutan sejak beberapa tahun lalu juga menjadi penyebab kenaikan harga.
“Kami ingin meyakinkan anda (pelanggan) bahawa perubahan semula harga produk-produk kami akan menjadi pilihan terakhir setelah berusaha sedaya upaya melalui pelbagai cara bagi mencapai kecekapan dan produktiviti.
“Melihatkan keadaan tersebut, kami tidak mempunyai pilihan lain selain menyemak semula harga hanya pada produk-produk yang terjejas,” kata Gardenia dalam maklum balas ulasan pengguna di Facebooknya yang mahu syarikat itu mengesahkan kenaikan produk mereka. FMT
Roti Gardenia naik harga lagi
Baca Artikel Menarik:
- Dakwa Ismail diberi kata dua, Umno ugut saman portal berita
- Maut dipukul majikan dengan topi keledar
- Bajet 2023 diawalkan ke 7 Okt, petanda PRU makin dekat?
- Rafizi cabar Latiff samannya mengenai Zainab
- Penganggur dihukum mati bunuh nenek berusia 85 tahun selepas rogol, liwat
- Senarai 14 kes pemimpin PH digugurkan ketika berkuasa – Asyraf Wajdi
- Range Rover Baru Dibeli Terjunam Di Landasan Kereta Api, Pemandu Kritikal [VIDEO]
- Mengapa Najib dibiarkan bersendirian?
- Muhkriz dedah Muhyiddin mahu jadi PM kali kedua, ketuai Khemah Besar
- Pernyataan Datuk Seri Najib Razak Kepada Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022
- Tak jadi nikah 2 lepas isteri tunjuk slip gaji berbaki RM800
- Penulis ‘Billion Dollar Whale’ lancar pemburuan Jho Low
- Gelandangan hias bilik tidur di atas jejambat pejalan kaki
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung
Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]