Ronaldo mahu beli kelab golf kerana mahu merobohkannya
LISBON: Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo mahu membeli sebuah kelab golf yang terletak di sebelah rumahnya, dan kemudian merobohkan kelab tersebut kerana merosakkan pemandangan.
Dalam masa sama, kapten Portugal itu sedia menawarkan lokasi pemindahan baharu untuk keseluruhan bangunan kelab golf berkenaan, termasuk kawasan meletak kenderaan.
Penyerang berusia 37 tahun itu mahu memastikan keluarganya mendapat perlindungan privasi apabila dia dan pasangan, Georgina Rodriguez berpindah ke situ bersama lima anak mereka.
Sumber rapat memaklumkan Ronaldo telah memilih rekaan moden untuk rumah idamannya itu, dilengkapi dengan garaj yang mempunyai lif bagi memuatkan 30 buah kereta mewah.
Rumah itu juga akan mempunyai pemandangan laut yang cantik serta dua kolam renang, dan beberapa bilik seperti pawagam mini, pejabat dan spa.
Selain itu, Ronaldo juga bersedia membeli sebuah kuari di Itali untuk memastikan batu marmar yang digunakan di rumahnya adalah eksklusif.
Dianggarkan kos hartanah milik Ronaldo di Quinta da Marinha, berdekatan dengan Portuguese Riviera iaitu di bahagian barat pesisir pantai Lisbon meningkat daripada 10 juta pound (RM53 juta) kepada 17 juta pound (RM 90 juta).
Jumlah tersebut dijangka terus meningkat apabila Ronaldo turut mendapatkan khidmat arkitek ternama, Vitor Vitorino untuk mereka kediaman seluas 12,000 per segi yang dijangka siap awal tahun hadapan.
Pihak Ronaldo sedia mengeluarkan kos yang banyak untuk mengalihkan kelab golf tersebut, namun pemiliknya, Miguel Champalimaud belum memberikan kata putus biarpun rundingan sudah pun dilakukan antara kedua belah pihak.
Ronaldo dan keluarganya ketika ini tinggal di Manchester. – AGENSI
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Bersongkok tapi seluar pendek, acara fesyen KL pula dilanda kontroversi (Video)
- Kantoi Pasangan Kekasih Buat Hubungan Seks Di Stadium Ketika Perlawanan [VIDEO]
- Terlalu Banyak Kebaikannya Untuk Saya Ceritakan – Fizo Omar
- Shafee ‘terganggu’ dengan jawapan saksi
- Tangkap Jho Low, Nik Faizal boleh bersihkan nama Najib – Peguam
- Misteri kenapa AG belum dakwa Hakim Nazlan – Puad
- Politik tentukan Najib kalah, bukan soal tiada campur tangan – Zaid
- Deraf penghakiman Najib bocor, polis panggil beberapa individu
- NASA siar imej ribut gergasi cukup besar untuk ‘menelan’ Bumi
- Eyka Farhana Jadi Model Pakaian Dalam (Video)
- Hilang Najib sebagai ‘perisai’ tapi senjata BN hadapi PRU-15 – Penganalisis
- Saya takut orang geli dan jijik – DUKE
- Peguam Diraja Laidlaw cabar keputusan Mahkamah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kes Najib penganiayaan politik – Armand
You must be logged in to post a comment.