Kisah Najib bukan penamat perjuangan UMNO – Zahid

Kisah Najib bukan penamat perjuangan UMNO – Zahid

Kisah Datuk Seri Najib Razak bukan pengakhiran kepada perjuangan UMNO untuk mengembalikan kemakmuran di bumi Malaysia.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya, kisah itu akan menjadi azimat penguat kepada parti itu untuk terus bersama dan lebih bersemangat dalam berjuang.



“Mereka menjangkakan api kemaraan UMNO akan terpadam dengan pemenjaraan Najib.

“Mereka mengharapkan muslihat mereka akan lebih mudah dicatur dan terlaksana, ternyata mereka tersilap mengatur percaturan,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Kelmarin, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib dalam kes SRC International.

Bekas Perdana Menteri itu juga sedang berdepan perbicaraan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Ahmad Zahid menambah, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), pihak musuh pernah menyatakan UMNO telah tiada dan sudah berakhir.

Menurut beliau, mereka mahu menamatkan terus riwayat UMNO, namun berkat keazaman bersama parti itu berjaya menghalanginya.

“Bersama kita semua mara dan terus berjuang mencapai kebangkitan UMNO,” jelasnya.

Beliau memberitahu, selepas gagal dan melihat kebangkitan UMNO, pihak musuh mahu menguasai parti terbesar orang Melayu itu serta mahu memperkudakannya untuk menjamin kedudukan politik, kuasa dan jawatan mereka yang kian lemah.



Namun, katanya, berkat keazaman pemimpin dan ahli UMNO yang setia, sekali lagi mereka bersama-sama berjaya menghalanginya.

“Bagaimanapun dapat jua disaksikan betapa mereka tetap bermuslihat untuk menawan dan mempergunakan UMNO.

“Bagi mencapai tipu daya, pemimpin UMNO yang mempertahan UMNO daripada tergadai kepada mereka mahu diketepikan,” katanya.

Ahmad Zahid turut bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana para pimpinan UMNO yang setia kepada perjuangan parti tidak tunduk dan mengalah.



“Termasuk Najib yang telah begitu banyak berjasa kepada UMNO yang kini dipenjarakan,” katanya. MG

Kisah Najib bukan penamat perjuangan UMNO – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kes Najib penganiayaan politik – Armand

Gurauan melampau rakan



Bekas mak nyah insaf selepas mimpi dibakar api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker