Guna kanabis dalam perubatan diputuskan tahun ini – Khairy
Guna kanabis dalam perubatan diputuskan tahun ini – Khairy
Kerajaan akan mengambil pendirian berhubung penggunaan kanabis dalam bidang perubatan sebelum akhir tahun, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini.
Khairy yang mengakhiri lawatan kerja bilateral kesihatan ke Bangkok, pada Khamis berkata Thailand telah banyak berkongsi pandangan dan pengalaman sepanjang lawatannya itu akan penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan dan penanamannya.
“Saya yakin bahawa kita akan dapat kaji pengalaman Thailand untuk disesuaikan dengan konteks Malaysia nanti apabila kita bakal membuat keputusan sama ada membenarkan atau tidak penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan.
“Jika dibenarkan, kita akan menentukan dalam kerangka apa dan penggunaan apa yang akan dibenarkan.
“Saya mahu bergerak cepat… Saya yakin bahawa kita akan dapat mengambil pendirian pada tahun ini. Keputusan utama boleh atau tidak akan dibuat tahun ini dengan dasar itu mungkin dilaksanakan tahun hadapan. Itu sasaran saya,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Lawatan beliau itu atas jemputan timbalan perdana menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul untuk meneroka potensi penggunaan kanabis dalam bidang kesihatan. Thailand merupakan negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan penggunaan kanabis dalam bidang perubatan.
Sepanjang lawatan kerjanya, Khairy dan delegasi turut melawat Government Pharmaceutical Organisation (GPO) di mana beliau mendengar taklimat mengenai dasar kanabis Thailand termasuk amalan, kaedah penanaman, kajian serta penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan.
Beliau turut mengadakan pertemuan dengan pemain utama industri kanabis selain melawat Siam Cannabis Land di Pattaya di mana beliau diberi taklimat dan melawat rumah hijau serta ladang penanaman pelbagai jenis kanabis.
Khairy menjelaskan bahawa penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan bukan perkara baharu di Malaysia kerana pada 2014, Sativex yang mengandungi cannabidiol (CBD) dan tetrahydrocannabinol (THC) pernah diluluskan penggunaannya di Malaysia untuk merawat kekejangan otot.
Bagaimanapun, produk itu tidak mendapat sambutan di pasaran tempatan maka pendaftarannya dibatalkan.
“Undang-undang dan kerangka sedia ada membenarkan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan,” katanya.
Khairy menambah, penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan semakin luas di peringkat antarabangsa termasuk untuk penjagaan paliatif, pengurusan sakit kronik, insomnia dan pesakit yang jalani kemoterapi.
“Malaysia tidak mahu ketinggalan. Maka, kita mahu lihat dan kaji keberkesanan dan keselamatan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan,” katanya.
Sementara itu, Khairy berkata buat permulaan, Malaysia hanya melihat penggunaan produk kanabis untuk tujuan perubatan dan bukan penanamannya.
“Kalau terdapat permintaan tinggi untuk menjadikan ia satu industri, kita akan mengkaji daripada segi penanaman (kanabis). Kita akan ambil langkah demi langkah,” katanya.
Julai lalu, Khairy berkata, satu kerangka kerja berhubung pendaftaran produk CBD tertentu bakal diumum.
Sebelum itu, Khairy telah melawat hospital psikiatri pertama Thailand – Somdet Chaopraya Institute of Psychiatry di mana beliau diberi taklimat oleh Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Mental Dr Amporn Benjaponpitak mengenai khidmat kesihatan mental di negara itu.
Semasa lawatan itu, beliau ditunjukkan pelbagai inovasi yang dapat membantu menambah baik kesihatan mental.
Sebelum pulang, Khairy juga menghadiri Mesyuarat Peringkat Tinggi ke 12 Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) mengenai Kesihatan dan Ekonomi bertema “Open to Partnership. Connect with the World”. Balance Health and the Economy”. FMT
Guna kanabis dalam perubatan diputuskan tahun ini – Khairy
Baca Artikel Menarik:
- Bersongkok tapi seluar pendek, acara fesyen KL pula dilanda kontroversi (Video)
- Kantoi Pasangan Kekasih Buat Hubungan Seks Di Stadium Ketika Perlawanan [VIDEO]
- Terlalu Banyak Kebaikannya Untuk Saya Ceritakan – Fizo Omar
- Shafee ‘terganggu’ dengan jawapan saksi
- Tangkap Jho Low, Nik Faizal boleh bersihkan nama Najib – Peguam
- Misteri kenapa AG belum dakwa Hakim Nazlan – Puad
- Politik tentukan Najib kalah, bukan soal tiada campur tangan – Zaid
- Deraf penghakiman Najib bocor, polis panggil beberapa individu
- NASA siar imej ribut gergasi cukup besar untuk ‘menelan’ Bumi
- Eyka Farhana Jadi Model Pakaian Dalam (Video)
- Hilang Najib sebagai ‘perisai’ tapi senjata BN hadapi PRU-15 – Penganalisis
- Saya takut orang geli dan jijik – DUKE
- Peguam Diraja Laidlaw cabar keputusan Mahkamah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.