Muafakat Nasional: PAS dan UMNO di Pahang masih mesra

KUANTAN – Hubungan antara UMNO dan Pas Pahang masih mesra walaupun parti Islam itu pernah mengeluarkan kenyataan untuk merampas Pahang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha UMNO Pahang, Datuk Seri Ab Hamid Nazahar menyifatkan kenyataan itu hanyalah satu strategi politik parti berkenaan.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut mengenai politik, sebaliknya memaklumkan kepimpinan UMNO lebih menumpukan kepada kerja untuk membantu rakyat.



“Ini yang menjadi keutamaan kerajaan Pahang yang diterajui (Menteri Besar) Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Jadi, kita teruskan (kerja) seperti biasa. Perkara berkaitan Muafakat Nasional (MN) di Pahang, sama ada ia (MN) masih wujud atau pun tidak, UMNO akan terus bekerja keras untuk menjaga rakyat Pahang,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Ab Hamid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan dikeluarkan Pengarah Pilihan Raya Pas Pahang, Hamdan Abdullah pada 18 Ogos lalu.

Hamdan dalam kenyataannya memaklumkan Pas sudah sedia untuk mengambil alih kerajaan Pahang yang diterajui UMNO.



Tambah Hamdan, Pas Pahang sudah mengenal pasti kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi parti itu dalam PRU15pilihan raya umum akan datang.

Minggu lalu, Wan Rosdy, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Hamdan, memberikan jawapan sama.

Beliau juga menegaskan kerajaan Pahang lebih berminat untuk membantu rakyat daripada bercakap mengenai politik.

Pada pilihan raya umum lalu, BN bertanding di semua 42 kerusi DUN di Pahang, memenangi 25 (Umno 24, MCA satu), manakala Pas menang lapan kerusi.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kes Najib penganiayaan politik – Armand

Gurauan melampau rakan



Bekas mak nyah insaf selepas mimpi dibakar api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker