Bank perlu tanggung wang pelanggan hilang – Shahar
Bank perlu tanggung wang pelanggan hilang – Shahar
Institusi kewangan dan bank perlu bertanggungjawab terhadap kehilangan wang simpanan pelanggan, jika ia berpunca akibat kecuaian mereka, kata Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah.
Katanya, Bank Negara (BNM) sedang memantau isu kehilangan wang simpanan pelanggan yang kini semakin menjadi tumpuan masyarakat.
Malah, beliau berkata, perkara itu juga sudah beberapa kali dibangkit dan dibahas pada sesi sidang Dewan Rakyat, sebelum ini.
“BNM memang sedang memantau teliti isu ini. Sudah pasti sesiapa sahaja yang merasa mereka dianiaya, mereka boleh laporkan kepada polis, selain bank masing-masing, kerana itu prosedur yang sedia ada digunakan.
“Pada masa sama, kementerian sudah mengarahkan institusi kewangan serta bank untuk melihat semula sekiranya kecuaian itu berlaku disebabkan mereka, maka institusi kewangan serta bank perlu bertanggungjawab,” katanya menurut Berita Harian.
Selasa lalu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman, dilaporkan berkata, pihak bank tidak boleh lepas tangan dan menyalahkan pelanggan semata-mata apabila “scammer” atau penggodam merompak duit pendeposit dalam akaun mereka.
Sebaliknya, pihak bank didesak supaya membayar semula ganti rugi kepada pelanggan apabila berlaku kes kehilangan wang simpanan yang berpunca daripada kelemahan sistem sekuriti perbankan.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan dilaporkan berkata, BNM perlu mengkaji semula perihal kebertanggungjawaban bank komersial terhadap isu kehilangan wang pelanggan yang semakin kerap berlaku.
Sebelum ini, Pakar Perunding Perubatan, Dr Rafidah Abdullah dilaporkan mendakwa, kehilangan wang simpanannya sebanyak RM13,000 pada 19 Ogos, menerusi tiga transaksi mencurigakan, pada 2 pagi.
Beliau mendakwa, tidak menyedari tiga transaksi tersebut kerana tidak menerima nombor kod kebenaran transaksi (TAC) daripada bank. FMT
Bank perlu tanggung wang pelanggan hilang – Shahar
Baca Artikel Menarik:
- Bersongkok tapi seluar pendek, acara fesyen KL pula dilanda kontroversi (Video)
- Kantoi Pasangan Kekasih Buat Hubungan Seks Di Stadium Ketika Perlawanan [VIDEO]
- Terlalu Banyak Kebaikannya Untuk Saya Ceritakan – Fizo Omar
- Shafee ‘terganggu’ dengan jawapan saksi
- Tangkap Jho Low, Nik Faizal boleh bersihkan nama Najib – Peguam
- Misteri kenapa AG belum dakwa Hakim Nazlan – Puad
- Politik tentukan Najib kalah, bukan soal tiada campur tangan – Zaid
- Deraf penghakiman Najib bocor, polis panggil beberapa individu
- NASA siar imej ribut gergasi cukup besar untuk ‘menelan’ Bumi
- Eyka Farhana Jadi Model Pakaian Dalam (Video)
- Hilang Najib sebagai ‘perisai’ tapi senjata BN hadapi PRU-15 – Penganalisis
- Saya takut orang geli dan jijik – DUKE
- Peguam Diraja Laidlaw cabar keputusan Mahkamah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bekas mak nyah insaf selepas mimpi dibakar api
You must be logged in to post a comment.