Umno dijangka lantik ‘caretaker’ jaga Pekan

Umno dijangka lantik ‘caretaker’ jaga Pekan

Pucuk pimpinan Umno dijangka melantik ‘caretaker’ atau ‘penjaga’ sementara untuk jawatan Ketua Umno Pekan selepas Mahkamah Persekutuan semalam mengekalkan hukuman penjara dan denda ke atas penyandang jawatan itu yang juga bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Perkara itu dimaklumkan ahli jawatankuasa Umno Pekan, Ishak Muhammad ketika ditanya mengenai status jawatan berkenaan dan perancangan Umno bahagian itu.



“Timbalan Ketua Umno Pekan, Zamri Ramly mungkin akan memanggil satu mesyuarat khas dalam masa terdekat untuk membincangkan perkara ini.

“Mesyuarat itu akan bincangkan mengenai siapa akan dipilih sebagai koordinator untuk kerusi (parlimen) Pekan.

“Lagipun, pihak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) belum membuat sebarang pengumuman mengenai status kerusi parlimen Pekan, sama ada kosong atau tidak, jadi kita tunggulah dulu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad memberitahu semua persoalan mengenai kedudukan kerusi Parlimen Pekan dan perancangan Umno negeri hanya boleh dijawab oleh SPR dan mahkamah.



“Yang boleh jawab soalan ini pihak berkuasa seumpama SPR dan mahkamah,” katanya ringkas ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp. FMT

Umno dijangka lantik ‘caretaker’ jaga Pekan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya



Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker