FBI serbu rumah Trump, temui 15 kotak mengandungi100 dokumen sulit
WASHINGTON – Arkib Negara menemui sebanyak 15 kotak mengandungi kira-kira 100 dokumen bertanda sulit setebal lebih 700 muka surat di kediaman peribadi bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Januari lalu.
Angka itu menjelaskan sejumlah besar dokumen rahsia kerajaan yang ditemui di Mar-a-Lago, Palm Beach di Florida sebelum ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menyerbu estet tersebut dan mengambil 11 set rekod tambahan pada awal bulan lalu.
Pemangku arkib, Debra Steidal Wall memberitahu Evan Corcoran iaitu peguam Trump bahawa pentadbiran Joe Biden tidak akan menghormati tuntutan hak eksekutif yang dikemukakan pendahulunya.
Sebelum ini, Corcoran meminta tempoh untuk menyemak bahan tersebut sebelum Arkib Negara menyerahkannya kepada FBI.
Difahamkan, surat arkib tersebut didedahkan kepada umum melalui laman Arkib Negara dan Pentadbiran Rekod pada Selasa.
Kandungan surat itu mendapati Trump tiada hak untuk menghalang tindakan susulan yang akan diambil oleh mereka dan ejen persekutuan bakal diberi akses kepada dokumen tersebut dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Arkib Negara turut meminta Jabatan Kehakiman melancarkan siasatan susulan penemuan dokumen sulit di Mar-a-Lago yang sepatutnya diserahkan oleh Trump ketika penggal pentadbirannya berakhir pada Januari 2021.
“Antara dokumen itu ditandakan sebagai rahsia peringkat tertinggi selain turut mempunyai maklumat tentang program akses khas kerajaan.
“Akses kepada semua dokumen tersebut bukan hanya untuk siasatan jenayah malah untuk penilaian potensi kerosakan akibat daripada cara ia diangkut dan penyimpanannya,” jelas kandungan surat ditulis Wall itu lagi. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
-
-
-
- UMNO tahu yang mana lawan dan kawan sebenar
- ‘Setakat ini sahaja’, Najib titip pesanan akhir buat keluarga
- Baru lima hari bebas dari penjara, bekas penjenayah rogol ibu dan anak
- Pemilik kedai kopi terkenal hilang sejak Ahad lalu
- Najib berbeza dengan Anwar, tidak heret rakyat dalam kes mahkamah
- NASA rakam bunyi seram ‘black hole’ [VIDEO]
- Mahkamah: Pengeluaran terbesar daripada akaun Armada, RM1juta
- Tanpa Bossku, BN berdepan masalah besar pada PRU-15
- Sah, deraf penghakiman Najib bocor
- ‘Bossku tidak berakhir ‘, Yana Najib janji bawanya pulang ke pangkuan keluarga
- Kes Najib akan terus diulas, dihakimi rakyat
- Ustaz Kazim Elias dinasihat bertopi, tutup wajah elak kena cahaya matahari
- Bukan Zainab yang tular tapi Zainab lain – Rafizi
-
-
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib
Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya
Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen
You must be logged in to post a comment.