Ella kini figura peladang selepas jadi tauke cili

Ella kini figura peladang selepas jadi tauke cili

Ratu rock negara Ella, 56, teruja apabila dirinya dilantik sebagai figura peladang, sekali gus membantu mempromosikan acara Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022, baru-baru ini.

Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin yang kini dikenali sebagai tauke cili berjaya, berkata dia bersyukur dengan perlantikannya itu, sebagai usaha menarik minat pembabitan generasi muda dalam bidang perladangan negara.



“Saya okey saja kalau dipanggil tauke cili, sebab itu bermakna orang dah tahu apa yang kita minat, selain daripada karier nyanyian. Pada masa sama, saya juga boleh ‘share’ apa yang kita buat kepada peminat dan masyarakat.

“Selain menyanyi, sekarang fokus saya memang berladang kerana berjasa pada tanah ini sebenarnya lebih memberikan ketenangan. Ditambah, kita pun minat,” katanya ditemui pada sesi fotografi sebagai duta produk Mamadil, baru-baru ini.

Ella berkata pembabitannya dalam perladangan cili bukan saja membuatkan ramai peminat terkejut, tetapi mereka juga amat teruja dan ‘happy’.

Katanya, malah ada antara mereka yang berminat nak jadi peladang sepertinya.



“Ada yang minta kongsi ilmu dan tanya macam mana saya berjaya mengusahakan ladang cili itu. Sebabnya, saya banyak buat secara kaedah ‘smart farming’ dengan menggunakan teknologi baharu pertanian.

“Setakat ini, saya juga memberi peluang kepada pelajar dan sesiapa saja berminat yang dipilih untuk berkongsi ilmu dengan mereka mengenai kaedah ‘smart farming’ ini di ladang cili saya yang terletak di Jeram, Selangor,” katanya.

Ella berkata, bagi sesiapa yang berminat dalam perladangan, mereka kena mencuba dulu dan banyak bertanya kepada pihak berkaitan, termasuk cara memohon bantuan kewangan untuk projek perladangan yang hendak diusahakan. Katanya, mereka akan sentiasa dibantu.

Menyifatkan bidang perladangan besar untuk diterokai, Ella berkata ia juga penting untuk ‘food rescue’ negara pada masa depan. Jelasnya, jadi kita kena mulakan dari sekarang, terutama bagi menarik minat generasi muda masa kini terhadap pertanian.



Terdahulu, difahamkan Ella dan suaminya, Azhar Ghazali mula mengusahakan tanaman fertigasi cili sejak 2017 lalu dengan modal pusingan sebanyak RM150,000, yang membabitkan tiga ladang berkeluasan 1.2 hektar. HM

Ella kini figura peladang selepas jadi tauke cili


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya



Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker