Penipuan pelaburan tak wujud melonjak 60 peratus, lebih RM750 juta lesap
Penipuan pelaburan tak wujud melonjak 60 peratus, lebih RM750 juta lesap

KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,368 kes penipuan pelaburan tidak wujud dicatatkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, dengan jumlah kerugian mencecah lebih RM750 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata angka itu menunjukkan peningkatan mendadak berbanding tempoh sama tahun lalu yang merekodkan 2,715 kes dengan kerugian lebih RM350 juta.
Menurut beliau, trend itu menunjukkan kenaikan hampir 61 peratus dari segi jumlah kes dan lebih 114 peratus bagi nilai kerugian dengan tiga modus operandi utama dikesan menjadi penyumbang kepada peningkatan mendadak jenayah pelaburan ini.
“Pertama, taktik ‘klon firm’, di mana mangsa menyertai pelaburan melalui iklan yang dipaparkan di media sosial dan seterusnya dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp.
“Dalam kumpulan itu, mangsa diajar tentang pasaran saham oleh individu yang mendakwa diri mereka sebagai ‘trader’, dan diarahkan mendaftar di aplikasi atau laman web yang diberikan untuk memulakan pelaburan,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
Pembayaran modal dibuat ke akaun atas nama syarikat atau individu yang disyaki sebagai keldai akaun.
“Pelaburan akan menunjukkan keuntungan, tetapi hanya dalam bentuk paparan skrin. Apabila pelabur cuba mengeluarkan keuntungan, mereka diberikan pelbagai alasan yang mencurigakan,” katanya.
Mengulas lanjut, Rusdi berkata jenis penipuan kedua dikenali sebagai ‘high and fast money‘, dengan sindiket menyamar sebagai broker forex luar negara.
“Mereka menawarkan pelbagai pakej pelaburan dan menjanjikan keuntungan berganda dalam tempoh singkat seperti beberapa jam, hari atau minggu.
“Namun, mangsa diminta membuat bayaran untuk modal, caj broker, caj pengeluaran antarabangsa dan cukai. Selepas pembayaran dibuat, keuntungan yang dijanjikan tidak diperoleh,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Beliau berkata, modus ketiga pula membabitkan pelaburan skim ponzi yang beroperasi secara lebih terancang.
“Sindiket akan mengadakan taklimat bersemuka atau mesyuarat dalam talian, dan mewujudkan pejabat bagi meyakinkan mangsa.
“Selepas mangsa berdaftar, mereka diminta mendepositkan stablecoin seperti USDT daripada dompet digital ke platform pelaburan,” katanya.
Katanya, pelabur terdorong untuk terus menambah pelaburan selepas melihat keuntungan yang dipaparkan dalam sistem.
“Namun, modal yang dikutip daripada pelabur baru digunakan untuk membayar pulangan kepada pelabur sedia ada. Apabila tiada lagi pelabur baru, sindiket akan gagal membuat bayaran dan lenyap begitu sahaja,” katanya.
Mengulas lanjut, Rusdi menasihatkan masyarakat agar berwaspada dan sentiasa merujuk kepada formula ‘T.A.K.E.F.I.V.E’ sebagai langkah asas mengelakkan diri daripada terjebak.
“Fikir dahulu sebelum melabur. Jadi pelabur yang bijak, buat kajian dan semakan.
“Tanya soalan, minta dokumen dan semak dengan pihak berkuasa jika ada keraguan,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai juga perlu mengetahui modus operandi penjenayah dan membuat semakan dalam talian sebelum membuat sebarang keputusan.
“Gunakan portal seperti semakmule.rmp.gov.my untuk menyemak nombor akaun, nombor telefon atau nama syarikat yang sedang disiasat JSJK.
“Lawan perasaan mudah percaya dan jangan cepat teruja dengan janji keuntungan besar,” katanya.
Katanya, tawaran pelaburan mencurigakan di media sosial perlu diabaikan serta-merta.
Penipuan pelaburan tak wujud melonjak 60 peratus, lebih RM750 juta lesap
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.