Sahabat karib belah perut, ‘curi’ bayi dalam kandungan wanita
BRASILIA – Seorang wanita di Brazil yang hamil 36 minggu meninggal dunia selepas sabahat karibnya cuba ‘mencuri’ bayi dalam kandungan mangsa, lapor akhbar Daily Star semalam.
Flavia Godinho Mafra, 24, sedang mengandung anak pertama bersama suaminya, Valdeli. Mereka berkahwin pada Oktober 2019 dan tinggal di Canelinha, negeri Santa Catarin, lapor akhbar Mirror UK pula.
Rakan sekolahnya, Rozalba Grimm menawarkan diri untuk mengadakan parti prakelahiran atau ‘baby shower’ untuk bayi itu. Grimm turut berkongsi di media sosial baru-baru ini bahawa dia hamil.
Mafra hanya diberitahu untuk hadir ke acara itu dan Grimm akan menguruskan persiapan lain. Dia pergi ke acara itu pada 27 Ogos 2020, manakala Valdeli menyedari isterinya tidak menggunakan aplikasi WhatsApp selama beberapa jam.
Wanita itu juga tidak pulang ke rumah dan apabila Valdeli menghubungi tetamu lain, mereka memberitahu bahawa acara itu telah dibatalkan.
Grimm membuat laporan orang hilang dan memberitahu polis bahawa Mafra beredar bersama orang lain selepas diberitahu acara itu dibatalkan.
Pencarian Mafra membawa keluarga Vandeli ke sebuah gudang tembikar di mana mereka menemui sebuah tanur besar. Mayat mangsa ditemui di dalamnya dengan perut yang dibelah dan bayinya dikeluarkan.
Bedah siasat mendapati kepala Mafra dipukul dengan batu bata tetapi dia meninggal dunia akibat pendarahan.
Dalam pada itu, Grimm dan suaminya, Zulmiar Schiestl tiba di hospital dengan bayi yang baru lahir. Dia mendakwa telah melahirkan anak tetapi kakitangan hospital curiga terhadapnya.
Mereka tidak menemui sebarang tanda fizikal bahawa dia telah bersalin, manakala bayi perempuan itu mengalami luka di bahagian belakangnya. Selepas ujian dijalankan, dia didapati cuba untuk menjadikan bayi Mafra sebagai anaknya.
Grimm didakwa dengan pertuduhan membunuh, cubaan membunuh, penculikan dan penyembunyian mayat. Dia difahamkan mengalami keguguran sebelum ini.
Pihak pendakwa berkata, Grimm sihat dari segi mental. Dia didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 57 tahun. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sokongan ketua hakim negara terhadap ‘Walk of Justice’ petunjuk berat sebelah – Hisyam
- Hadi hanya cetus kebangkitan pengundi bukan Melayu – penganalisis
- BN boleh bentuk kerajaan jika menang 16 kerusi Parlimen Perak – Tok Mat
- Apple lancar iPhone 14 seawal 7 September
- Anak CFO Dialog Group Bhd nafi ibu terlibat kontroversi LCS
- Pelajar didakwa cederakan diri selepas dipaksa buat seks oral
- Peragut terlepas peluang curi jam Rolex bernilai setengah juta dalam Bugatti
- Peserta acara larian maut dipanah petir
- Samsung Galaxy S23 Ultra Disahkan Akan Jadi Peranti Pertama Dilengkapi Kamera 200-Megapixel
- Libasan maut depan rumah
- Afdlin Shauki Dedah Punca Bercerai
- Ali Reza punca penceraian rumah tangga pelakon?
- Bukan Zainab yang tular tapi Zainab lain – Rafizi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Noh Salleh buat ‘catwalk’ dengan rokok di mulut di KLFW2022 (Video)
You must be logged in to post a comment.