Usul desak PM bubar Parlimen tidak benar – UMNO

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan dakwaan cawangan UMNO diminta mengemukakan usul mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen dengan segera.

Tangkap layar berkaitan dakwaan tersebut tular dalam media sosial pada Isnin, antara lain mendakwa UMNO akan memecat Ismail Sabri sekiranya beliau ingkar.

“Sebaran infografik ini saya tandakan PALSU / FAKE.

“Sebab sememangnya palsu / fake. Entah siapalah yang sebar,” tulis Ahli Parlimen Pontian itu di Twitter rasminya sebentar tadi.

Tangkap layar tersebut dipercayai disebarkan di Facebook, mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Ketua Bahagian UMNO supaya meminta cawangan membuat usul berkenaan.

Dakwaan itu turut menyebut, arahan itu dikeluarkan Zahid dalam pertemuan dengan dengan Ketua Bahagian UMNO di PWC hari ini.

Ia turut menyebut, jika Ismail Sabri ingkar, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan memecatnya.

Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, mendedahkan seramai 158 daripada 191 Ketua Bahagian UMNO yang menghadiri mesyuarat tergempar itu menyatakan kesepakatan mahukan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan segera.

Menurutnya, keperluan untuk membubarkan Parlimen merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan Ketua Bahagian UMNO dengan Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato’ Onn.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?

Najib lafaz sumpah laknat

Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker