Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan meninggal dunia

Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman

KOTA BHARU – Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman meninggal dunia hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob melalui satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya.

Menurutnya, Abdul Halim meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kira-kira pukul 3.40 petang tadi.

“Allahyarham merupakan tokoh yang sangat berjasa kepada negeri Kelantan khususnya sebagai antara tokoh penting bermula pentadbiran kerajaan negeri dibawah Dasar Membangun Bersama Islam.

“Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan bermula 1990 sehingga 2004. Allahyarham berkhidmat sebagai wakil rakyat bermula sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggol 1986 hingga 1995, ADUN Kijang (1995 – 2004) dan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa (2004 – 2013),” katanya.

Ahmad memberitahu, kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Abdul Halim.

Katanya, beliau mendoakan agar Allahyarham diangkat darjatnya dalam kalangan orang-orang beramal soleh dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?

Najib lafaz sumpah laknat

Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker