Keadilan Tidak Akan Dapat Dicapai Jika Dilaksanakan Secara Terburu-buru

Oleh Tun Teja

Betul kata Ketua Hakim Negara YAA Tengku Maimun binti Tuan Mat bahawa “Justice delayed is justice denied”. Pada masa yang sama pepatah juga menyebut, “justice rushed is justice crushed”. Keadilan tidak akan dapat dicapai jika dilaksanakan secara terburu-buru.

Rakyat melihat perjalanan perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak dan mereka mendapat gambaran bahawa sekiranya pemimpin negara yang sangat hebat seperti “Bossku” tidak mendapat perbicaraan yang adil maka rakyat marhaen yang lain sudah tentu akan menjadi mangsa ketidak adilan sistem kehakiman Malaysia.



Implikasi dari keputusan Mahkamah Persekutuan dimana panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak permohonan Najib Razak untuk mengemukakan bukti baru dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta sangat buruk.

Tengku Maimun memutuskan bukti tersebut tidak relevan dengan kes terhadap Najib. Perkara tersebut mengecewakan seluruh rakyat Malaysia.

Semua pihak tahu dan menghormati hak mahkamah namun keputusan menolak pengemukaan bukti-bukti ini hanya atas sebab teknikal sudah pasti dilihat merencatkan hak tertuduh. Sekiranya bukti-bukti ini tidak kuat sekalipun, biarlah peguam Datuk Seri Najib mengemukakannya terlebih dahulu.

Rakyat dilihat mempersoalkan tidakkah mahkamah mahu tahu apakah bukti itu? Rakyat juga mahu tahu apa yang sebenarnya berlaku? Jika bukti-bukti ini mahu ditolak juga, maka tolaklah atas sebab kelemahan bukti ini sendiri. Bukannya atas sebab teknikal yang sebenarnya boleh ditimbang atas budi bicara.



Memetik hantaran di Facebook Ketua Pemuda Malaysia Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Islam meletakkan keadilan pada tempat yang tertinggi. Baik kepada hak mangsa atau hak tertuduh itu sendiri. Setiap orang diberikan hak seluas-luasnya untuk membela diri.

Atas sebab ini,menurut Asyraf Wajdi, UMNO pada zaman DS Najib sendiri tidak pernah mengganggu sebarang proses mahkamah. Tarmasuklah dalam kes Liwat 2.0 Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walaupun kes itu berjalan hampir 7 tahun dan ditangguh lebih 70 kali. UMNO percaya itu adalah hak tertuduh untuk mendapatkan masa dan ruang bagi membela diri dengan sebaiknya.

Betul Ketua Hakim Negara YAA Tengku Maimun mengatakan “Justice delayed is justice denied”. Tetapi di sana ada juga maxim yang menyebut, “justice rushed is justice crushed”.

Asyraf Wajdi merasa bimbang dengan persepsi rakyat terhadap institusi keadilan. Tuntutan Pemuda UMNO sebelum ini bagi mewujudkan tribunal khas bagi menyiasat konflik kepentingan YA Hakim Dato Nazlan juga bagaikan dipandang sepi pihak berkenaan. Sedangkan kebebasan hakim itu adalah asas kepada wujudnya keadilan.



Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Malaysia pernah mengalami konflik sistem kehakiman pada dekad 80an dan 90an ketika Mahathir menjadi PM. Kita tidak mahu persepsi buruk rakyat terhadap sistem kehakiman itu berulang.

Pray for Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker