Objek disyaki serpihan roket milik China ditemukan di rumah panjang Sibu

Objek disyaki serpihan roket milik China ditemukan di rumah panjang Sibu

SIBU – Penduduk sebuah rumah panjang di Sungai Asan Bayu dekat sini gempar apabila dimaklumkan objek yang ditemukan di atas bumbung sebuah bilik di rumah panjang berkenaan semalam, kemungkinan serpihan roket milik China, Long March 5B.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Nicholas Belulin berkata objek berukuran 5.8 sentimeter (sm) lebar dan 7.62 sm panjang itu dipercayai terjatuh dan menembusi bumbung zink Rumah Panjang Renyam, Sungai Asan Bayu, lalu tersangkut pada kayu alang rumah.

Beliau berkata objek berkenaan ditemukan oleh pemilik rumah berkenaan sejurus dia balik ke kediamannya pada petang semalam dan kesan hentaman kuat itu meninggalkan bekas sedalam 2.54 sentimeter serta kebocoran pada bumbung.

“Panggilan penemuan objek tersebut diterima daripada petugas di BBP Sibu kira-kira 8.50 malam selepas menerima panggilan daripada Balai Polis Lanang. Pasukan dari BBP Bintangor digerakkan ke lokasi dan tiba pada 10.38 malam melibatkan jarak 37 kilometer.

“Objek tersebut kemudiannya dibawa oleh pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu dan Balai Polis Lanang untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nicholas berkata pemilik rumah terbabit memaklumkan objek tersebut kemungkinan berada di bumbung rumahnya sejak beberapa minggu lepas kerana dia serta keluarga jarang balik ke rumah panjang itu disebabkan urusan kerja dan ia hanya disedari selepas ternampak kebocoran pada atap.

Sementara itu, dalam laporan polis di Balai Polis Sungai Merah pada petang semalam pemilik rumah menyatakan jirannya memberitahu terdengar bunyi dentuman kuat dari arah bumbung rumahnya pada 30 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili ketika dihubungi Bernama berkata laporan penemuan objek tersebut diterima pada petang semalam dan ia akan dihantar ke Jabatan Kimia dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom di Kuching untuk pengesahan. MG

Objek disyaki serpihan roket milik China ditemukan di rumah panjang Sibu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker