Laporan LCS: Kenapa dia melenting?

Laporan LCS: Kenapa dia melenting?

TERDAPAT seorang pemimpin sebuah parti politik yang menzahirkan kemarahan kepada sebuah organisasi media kerana tidak melaporkan ‘fakta’ mengenai kapal tempur pesisir pantai (LCS).

Media itu kata pemimpin yang baru menjadi orang nombor dua sebuah parti politik, tidak seperti semua media lain yang menurutnya telah melaporkan ‘fakta’ mengenai LCS.

“Yeap. Di kala semua media termasuk *****, ** dan lain-lain laporkan fakta pasal LCS, @*********** dah jadi blogger **** ha3 konar baring,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.



Tidak pasti apa yang beliau maksudkan dengan fakta. Adakah fakta yang dimaksudkan adalah segala apa yang beliau tulis di media sosialnya mengenai LCS.

Jika itu yang dimaksudkan, sudah pasti tulisannya bukanlah satu fakta. Dia hanya melontarkan idea yang boleh mewujudkan persepsi, baik dan buruk.

Ini kerana ‘fakta-fakta’ yang diutarakan beliau, tidak boleh dibuktikan kebenarannya sekarang tetapi mengambil masa yang lama sama ada melalui siasatan atau mungkin melalui perbicaraan.

Sedangkan tulisnya di media sosial telah memberikan kesan serta-merta kepada masyarakat dalam bentuk persepsi.



‘Fakta’ yang dikemukakannya itu mungkin boleh mendatangkan kemarahan dan kebencian kepada pihak yang disasarkan.

“Biarkan mereka, rakyat cerdik,” kata beliau dalam Twitternya baru-baru ini.

Jika begitu, pemimpin berkenaan tidak perlu melompat dan dia seharusnya memberikan kebebasan kepada rakyat untuk menilai dan kepada media untuk membuat laporan.

Sama ada dia suka atau tidak, pengikutnya suka atau tidak, mereka perlu menghormati kebebasan media untuk membuat laporan dan memetik siapa sahaja yang media ingini.



Pemimpin politik dan pengikutnya tidak perlu khuatir atau bimbang jika hanya satu media tidak melaporkan’ fakta-fakta’ yang dikemukakan olehnya.

Ini kerana, seperti menurutnya, banyak media lain yang telah melaporkan ‘fakta’ yang disampaikan oleh beliau.

Kemarahan pemimpin terbabit sebenarnya memanjangkan kemarahan seorang pengikutnya di Twitter terhadap media berkenaan.

Mengikut pengikut Twitter pemimpin itu, media tersebut dikatakan banyak melapor dan memberi ruang kepada seorang pemimpin yang merupakan musuh politik kepada parti mereka.

“** ni suka betul kat *****… Pastu ***** plak duk quotes news dari **…kalau kau orang perasan la… @****_****** @*************” ciap pengikutnya di Twitter.

Mengapa pemimpin dan pengikutnya begitu marah hanya kerana media berkenaan memberi ruang kepada seseorang?

Apa yang perlu dikhuatirkan dan dibimbangkan jika hanya sebuah media menulis apa yang dikatakan oleh pemimpin yang menjadi musuh politiknya?

Jika pemimpin berkenaan bebas untuk menulis ‘fakta’ di media sosialnya dan kemudian diambil oleh media lain untuk dijadikan kandungan, dia seharusnya memberikan kebebasan yang sama kepada musuh politiknya dan kepada media untuk menulis dan memberi ruang kepada sesiapa sahaja yang media ingini.

Selagi apa yang ditulis oleh wartawan itu tidak bersifat fitnah, pemimpin politik tidak seharusnya melenting, marah atau iri hati.

Mungkin bagi dia dan pengikutnya, musuh politiknya adalah korup, jahat, rasuah dan tidak layak.

Namun mereka tidak sepatutnya memaksa kebencian dan perasaan yang mereka rasakan terhadap orang lain termasuk wartawan.

Dalam negara yang demokrasi seperti Malaysia, kita tidak boleh memaksa orang lain untuk mengikut keinginan kita atau berkongsi perasaan kebencian dan kegembiraan dengan kita.

Kita tidak boleh memaksa media menulis apa yang kita mahu dan mengabaikan siapa yang kita tidak suka. Tidak boleh begitu.

Kalau di Korea Utara mungkin boleh tetapi tidak di Malaysia atau mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi.

Wartawan juga mempunyai perasaan, pandangan dan persepsi tersendiri.

Mereka bebas mentafsir sama ada kenyataan seseorang itu sebuah kebenaran atau semata-mata untuk membentuk persepsi.

Jangan salahkan media jika mereka mempunyai tanggapan awal terhadap seseorang pemimpin. Misalnya selepas mendengar rakaman audio visual pemimpin terbabit menyatakan bahawa tugasnya adalah untuk menghasut rakyat.

“Tugas kita ialah menghasut. Kita hasut rakyat tiap-tiap hari untuk buang *****, buang **.

“Tak, memang betul. Nak menang kerajaan bertukar, memang tugas kita kena menghasut.

“Kita hasut rakyat tiap-taip hari untuk tukar **. Memang betul. Memang kita buat,” katanya dalam rakaman video yang masih boleh ditonton dalam Youtube.


Laporan LCS: Kenapa dia melenting?

Salahkah jika seorang wartawan berasa curiga terhadap fakta yang dia ketengahkan?

Salahkan jika seorang wartawan bersikap berhati-hati terhadap setiap kata-kata yang dikeluar dan ‘fakta’ yang ditulis dan dipapar olehnya di Facebook, Twitter dan TikTok?

Salahkan jika wartawan itu ragu-ragu sama ada dia bercakap benar atau hanya untuk menghasut dan mempunyai agenda tertentu.

Teringat sebuah drama Korea bertajuk Pinocchio mengenai dunia kewartawanan dan korupsi orang politik lakonan Lee Jong-suk dan Park Shin-hye.

Drama itu mengisahkan tragedi yang menimpa sebuah keluarga. Ayahnya seorang anggota bomba mati dalam kebakaran di sebuah kilang, ibunya membunuh diri, dia dan abangnya berpisah.

Seorang wartawan telah membuat cerita rekaan kononnya si ayah bertanggungjawab atas kebakaran yang berlaku di kilang berkenaan hingga berpuluh orang kehilangan nyawa.

Cerita itu diulang-ulang berkali-kali oleh wartawan dan media yang diwakili.

Kemudian organisasi media lain mengikut ‘template‘ media berkenaan dengan menghala kesalahan kepada si ayah. Sebuah penipuan menjadi kebenaran apabila diulang berkali-kali.

Akhirnya sebuah persepsi dibentuk terhadap si ayah dan menyebabkan masyarakat benci kepada keluarga itu yang akhirnya mendatangkan tragedi kepada seluruh ahli keluarga.

Begitulah berkuasanya media. Apabila semua media melaporkan ‘fakta’ yang sama seperti yang diingini seseorang. Sama ada salah atau betul, ia akan menjadi sebuah kebenaran.

Jika kebenaran itu betul maka ia dapat menyelamatkan tetapi jika salah maka ada pihak yang akan menjadi mangsa kepada persepsi yang dirancang dan dibentuk.

Sama ada sedar atau tidak ia telahpun berlaku sebelum ini dan ia akan berlaku lagi menjelang pilihan raya ke-15.

Pihak-pihak terbabit akan merancang naratif dengan memburuk-burukkan pihak lawan bagi mewujudkan persepsi.

Maka berilah kebebaskan kepada media untuk melaporkan. Selagi ia tidak bersifat fitnah bagilah ruang untuk media melaporkan. Agar semua pihak mempunyai peluang yang saksama dalam media.

Tidak perlu memberi label media ini pro parti itu ini, pro pemimpin itu ini, media ini salah, media itu betul. Tidak perlu wujudkan persepsi begitu terhadap media.

Kita serahkan kepada masyarakat untuk menilai laporan yang disiarkan selari dengan kata-kata, ‘rakyat cerdik’. MG

Laporan LCS: Kenapa dia melenting?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Tembelang Pengkid ‘Mohd Syahid’ Pecah

Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker