RUU dana politik: Memorandum jemaah menteri dibentang bulan depan

 

 

Satu memorandum Jemaah Menteri dijangka akan dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri bulan depan bagi membolehkan Rang Undang-Udang Sumbangan Politik dibentangkan pada persidangan Parlimen Oktober ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata satu perbincangan telah diadakan bersama Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk membincangkan perkara berkaitan rang undang-undang berkenaan, semalam.

Beliau berkata perbincangan itu turut melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri.

“Antara perkara dasar penting yang dibincangkan adalah berhubung penubuhan entiti pengawalseliaan sumbangan politik, penyumbang yang dibenarkan dan penetapan penalti ke atas kesalahan di bawah undang-undang ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya beliau telah mengarahkan GIACC untuk memperhalusi perkara-perkara dasar serta meminta BHEUU dan AGC menyediakan draf pentadbiran dengan mengambil kira pandangan serta contoh-contoh yang diberikan organisasi masyarakat sivil (CSO) dan badan bukan kerajaan (NGO).

Selain itu Wan Junaidi berkata analisis perbandingan pemakaian undang-undang sumbangan politik dari negara-negara lain perlu dilaksanakan bagi tujuan penanda aras undang-undang itu, dan beliau menyarankan agar ia diselaraskan dengan undang-undang sedia ada di bawah JPPM dan SSM.

Beliau turut menyarankan agar draf rang undang-undang itu disediakan secepat mungkin bagi membolehkan sesi libat urus diadakan dengan semua pemegang taruh mengikut garis masa yang akan disediakan GIACC.

“Bagi menunjukkan ketelusan dan akauntabiliti dalam tadbir urus politik, adalah wajar undang-undang ini dilaksanakan dengan segera,” katanya.



– Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker