PBM terima apa saja keputusan BN – Zuraida

 

 

Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan menerima apa sahaja kemungkinan berhubung permohonan parti itu untuk menyertai Barisan Nasional (BN).



Bakal presiden parti berkenaan Datuk Zuraida Kamaruddin berkata keputusan itu dijangka diketahui sejurus selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dijadual Isnin ini.

“PBM mempunyai semangat yang tinggi kerana saya melihat daripada pengalaman, kita boleh mengharungi apa sahaja kemungkinan,” katanya selepas merasmikan pejabat Majlis Pimpinan Negeri PBM Perak di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata keputusan permohonan PBM untuk menyertai parti itu akan dibuat kepemimpinan secara konsensus pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Sementara itu, Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata PBM mempunyai calon berkaliber dengan rekod perkhidmatan yang bagus kepada rakyat, dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



Beliau berkata rakyat tidak lagi mengundi calon wakil rakyat berdasarkan parti seperti diamalkan sebelum ini, sebaliknya memilih calon yang mampu memberi khidmat terbaik.

– Bernama

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)



Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker