Resepi Nasi Ayam Khao Mok Thai
Resepi Nasi Ayam Khao Mok Thai
Masa Penyediaan: 40 minit,
Masa Memasak: 50 minit
Jumlah Hidangan: 5-6 orang makan
Kali ni kita merantau ke Selatan Thai, dengan menu yang popular di sana iaitu Nasi Ayam Khao Mok.
Hidangan ni lebih kurang sama konsepnya dengan nasi briyani. Nasi dimasak bersama campuran rempah tetapi lebih kepada warna kuning dari campuran kunyit, dan dimasak sekali dengan ayam.
Ada juga satu lagi pilihan iaitu kita hidang bersama dengan ayam goreng berempah. Ayam yang diperap dengan bahan rempah segar dan goreng garing dan juga hidang dengan bahan condiment yang lain. Kuahnya pula kita makan dengan sos cili Thai homemade.
Kalau di Thailand, dihidang dengan sos mint juga tapi kita tak buat lah. Dari segi rasa, set nasi ni lebih kepada gabungan rasa berempah, manis dan pedas.
Bahan-bahan
Bahan-bahan untuk nasi:
3-4 sb minyak masak
2 sb minyak sapi (pilihan)
Rempah 4 sekawan (1 kayu manis, 2 bunga lawang, 4 pelaga, 4 cengkih)
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 inci halia
2-3 akar ketumbar
2 sb gula
Sedikit air
Garam
½ kiub pati ayam
1 biji tomato
2 ketul peha ayam
4 cwn beras
1 cwn susu cair
5 cwn air
Bahan-bahan rempah Khao Mok:
2 sb serbuk rempah kurma
1 sb serbuk kari ayam
1 sb serbuk ketumbar
½ sb serbuk jintan manis
½ sb serbuk kunyit
Bahan-bahan perapan ayam:
½ ekor ayam
2-3 akar ketumbar
5 ulas bawang putih
1 ½ inci halia
2-3 batang serai
2 ketul kunyit hidup
1 sb sos tiram
½ sb serbuk perasa
2 sk garam
Sedikit pewarna merah (pilihan)
1 sk gula
Sedikit perahan limau
3 sb tepung jagung/gandum
Bahan-bahan untuk sos cili Thai:
3 biji cili merah
5 tangkai cili padi
1 cawan air
3 ulas bawang putih
2 sb gula
1-2 akar ketumbar
1 sb sos cili
2 sb sos ikan
¼ cwn cuka
Daun ketumbar
1 sb tepung jagung + sedikit air
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk rempah Khao Mok:
Bancuh serbuk rempah kurma, serbuk kari daging, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk kunyit dan sedikit air.
Kacau sebati dan ketepikan.
Cara-cara untuk nasi:
Hiris nipis bawang putih, bawang merah kecil dan halia. Potong kasar tomato.
Daun ketumbar asingkan akar, bahagian daun potong kasar.
Kelar isi ayam bahagian whole leg
Panaskan minyak masak dan minyak sapi (pilihan).
Tumis rempah 4 sekawan, hirisan bawang putih, bawang merah, halia dan akar ketumbar.
Bila naik bau, masukkan rempah bancuhan Khao Mok, gula, air sikit, garam, kiub pati ayam dan kacau sampai pecah minyak.
Masukkan tomato, 2 ketul ayam bahagian whole leg dan tutup kuali dalam 10-15 minit atau sampai ayam masak.
Masukkan beras, susu cair dan air kosong.
Masak nasi macam biasa (kalau nak guna rice cooker, boleh pindah masuk semuanya).
Selepas masak, tutup api dan biarkan nasi steam dalam 15 minit.
Perapan ayam goreng berempah:
Cincang kasar bawang putih, halia, serai, kunyit hidup dan akar ketumbar.
Tumbuk halus atau kisar kering bahan cincang tadi (Che Nom kisar kering tapi tambah sikit air nak bagi mudah hancur).
Baki ayam yang tinggal, gaul dengan bahan kisar halus, sos tiram, serbuk perasa, garam, gula, sedikit pewarna merah (pilihan), perahan jus limau dan tepung jagung/gandum kemudian perap sekejap.
Goreng ayam sampai masak garing.
Penyediaan Sos Thai:
Potong kasar cili merah, cili padi dan bawang putih. Kemudian kisar kasar dgn air.
Masuk dalam periuk bahan kisar tadi, akar ketumbar, gula, sos ikan, sos cili dan masak sampai mendidih.
Tambah garam dan cuka makan (atau jus lemon atau jus limau nipis).
Untuk pekatkan kuah tambah sedikit demi sedikit air bancuhan tepung jagung sampai pekat.
Bila kuah dah pekat, tabur hirisan daun ketumbar.
Penyediaan bawang goreng:
Hiris nipis bawang merah, gaul dengan garam dan tepung beras.
Goreng bawang sampai garing. Kerap kacau. Dan angkat bila hampir keperangan.
Hidang nasi bersama ayam rebus atau ayam goreng berempah dan hias dengan hirisan timun, tomato, daun salad, daun ketumbar, sos cili thai dan bawang goreng.
Tip:
Untuk sukat air, sukat dengan cawan yang sama untuk sukat beras atau sukat air dengan anggaran 1 ruas jari.
Tips untuk goreng ayam, tutup tudung periuk, jangan rapat sangat bagi terbukak sikit biar wap keluar dan buka penutup bila dekat nak angkat kemudian goreng ayam sampai garing.
Ayam belum masak kalau air yang keluar dari ayam masih merah.
Selepas nasi masak, tutup api dan biarkan nasi steam dalam 15 minit supaya nasi tak cepat hancur.
Untuk bancuhan air tepung jagung, bancuh 1 sudu besar tepung jagung dan sedikit air sampai larut sebati.
Resepi Che Nom
Resepi Nasi Ayam Khao Mok Thai
Baca Artikel Menarik:
- Benda ‘simple’ pun tak faham, Najib tempelak penyokong PH
- Mat Kilau ‘mengamuk’ dengan pihak penerbit
- Kontroversi video lucah Natasha bunuh kerjayanya?
- Anwar takut bertanding di Port Dickson – Peja
- Sandiwara Mahathir kononnya mahu memperjuang nasib orang Melayu
- 6 Ahli Parlimen Bersatu dipercayai tak tanding PRU15
- Dunia Gempar Bayi Kulit Bersisik Hasil Hubungan Sumbang Mahram, Apa Itu Penyakit Ichthyosis
- Kecam saya, tapi tengok laman lucah – Baby Shima
- Alif Hadi nafi punca Yasmin Hani bercerai
- Jangan lupa sejarah MN satukan Pas, UMNO – Khairuddin
- Pengantin lelaki bongkar isteri curang dengan ipar di majlis perkahwinan
- Satu Dunia Kena Tipu Dengan James Webb
- Wallahi Benci, Rozita Ibrahim Beri Teguran Kepada Aliff Syukri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)
Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib
You must be logged in to post a comment.