Jersi Michael Jordan bakal dilelong RM22 juta
Jersi Michael Jordan bakal dilelong RM22 juta
New York: Jersi yang dipakai legenda bola keranjang Michael Jordan ketika meraih kejuaraan terakhirnya selepas beraksi pada Permainan 1 Pusingan Akhir NBA 1998, akan dilelong pada September depan.
Sotheby’s yang mengumumkan perkara itu Rabu lalu berkata, ia akan dilelong pada harga anggaran AS$3 juta (RM13.32 juta) dan AS$5 juta (RM22.20 juta).
Jersi merah Chicago Bulls yang ikonik, dengan nombor 23 dan nama Jordan di belakang, baru dua kali dipakai bintang itu ketika enam kejuaraannya.
Menurut Sotheby’s, walaupun Jordan menyumbangkan satu jersi kepada Muzium Nasional Smithsonian untuk Sejarah dan Kebudayaan Afrika-Amerika , namun kebanyakan jersi NBA Finals milik Jordan kekal milik persendirian.
Jordan, kini 59, menghabiskan sebahagian besar kerjaya bola keranjangnya dengan Chicago Bulls yang menyaksikan dia meraih semua enam gelarannya, namun memutuskan bersara pada 2001 untuk bermain dua musim dengan Washington Wizards.
Musim terakhirnya bersama Bulls diperincikan dalam dokumentari ESPN/Netflix ‘The Last Dance’ yang disiarkan pada 2020.
“Musim 1997 hingga 1998 mungkin salah satu yang paling popular dalam kalangan peminatnya, kerana dia mencapai kemuncak kebolehannya sambil pada masa yang sama mengejar apa yang dia faham akan menjadi peluang terakhirnya di Kejohanan NBA bersama Chicago Bulls,” kata ketua pakaian jalanan dan barang koleksi moden di Sotheby’s, Brahm Wachter dalam satu kenyataan.
Jersi itu mula-mula akan dipamerkan secara terbuka di Monterey, California sebelum dihantar ke New York, di mana peminat juga berpeluang melihatnya semasa lelongan secara dalam talian yang berlangsung bermula antara 6 hingga 14 September.
Walaupun anggaran Sotheby’s adalah lebih rendah daripada rekod yang dicatatkan pada Mei untuk memorabilia sukan paling mahal yang pernah dijual – AS$9.3 juta (RM41.30 juta) untuk jersi ‘Hand of God’ bintang bola sepak Diego Maradona, ia akan menjadi harga tertinggi untuk salah satu artifak Jordan.
Pusat lelong New York, yang dimiliki rakyat berketurunan Perancis dan Israel, Patrick Drahi sejak 2019 sebelum ini pernah menjual sepasang kasut milik Jordan pada harga hampir AS$1.5 juta (RMM6.7 juta).
Bintang bola keranjang itu kini menjadi pemilik Charlotte Hornets, dilaporkan masih memperoleh jutaan royalti setiap tahun daripada hasil jualan kasut jenama Air Jordan Nike. HM
Jersi Michael Jordan bakal dilelong RM22 juta
Baca Artikel Menarik:
- Benda ‘simple’ pun tak faham, Najib tempelak penyokong PH
- Mat Kilau ‘mengamuk’ dengan pihak penerbit
- Kontroversi video lucah Natasha bunuh kerjayanya?
- Anwar takut bertanding di Port Dickson – Peja
- Sandiwara Mahathir kononnya mahu memperjuang nasib orang Melayu
- 6 Ahli Parlimen Bersatu dipercayai tak tanding PRU15
- Dunia Gempar Bayi Kulit Bersisik Hasil Hubungan Sumbang Mahram, Apa Itu Penyakit Ichthyosis
- Kecam saya, tapi tengok laman lucah – Baby Shima
- Alif Hadi nafi punca Yasmin Hani bercerai
- Jangan lupa sejarah MN satukan Pas, UMNO – Khairuddin
- Pengantin lelaki bongkar isteri curang dengan ipar di majlis perkahwinan
- Satu Dunia Kena Tipu Dengan James Webb
- Wallahi Benci, Rozita Ibrahim Beri Teguran Kepada Aliff Syukri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)
Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib