Dirumah Riuh Rendah, Jumpa ‘Orang’ Diam Seribu Bahasa, Bapa Kesan Anak Alami Bisu Terpilih…

Dirumah Riuh Rendah, Jumpa ‘Orang’ Diam Seribu Bahasa, Bapa Kesan Anak Alami Bisu Terpilih…

ANAK kecil yang mempunyai ciri-ciri seperti aktif, lincah dan petah bercakap menunjukkan tumbesaran mereka berkembang dengan sempurna.

Malah kanak-kanak seperti ini menjadi perhatian kerana dianggap sebagai bijak.

Bercakap soal tumbesaran, ibu bapa perlu peka dengan setiap perkembangan anak seiring dengan usia mereka untuk mengelakkan kelewatan mengesan masalah atau simptom yang tidak normal.

Khaleed sedang menjalani terapi.

Seorang bapa, Khairul Abdullah terbuka untuk berkongsi catatan pengalamannya bagaimana dia mengesan situasi Selective Mutism atau ‘senyap terpilih’ yang dialami anak bongsunya, Khaleed, yang berusia lima tahun.

“Dia hanya bercakap riuh rendah tanpa henti dengan slang ala British hanya di rumah bersama aku dan abang-abang dia. Sometimes kami semua annoyed sangat dengan dia.

“Tapi kalau di luar, tanpa abang, dia akan diam membisu, di sekolah diam membisu, jumpa orang asing lagilah diam membisu. Hanya tunduk dan diam,” kongsinya dalam satu catatan di Facebook.

Apa itu Selective Mutism?

Selective Mutism atau ‘senyap terpilih’ adalah apabila kanak-kanak tidak boleh bercakap dalam keadaan atau setting tertentu, tetapi boleh bercakap dengan baik lancar dan jelas pada keadaan yang lain.

Contohnya, kanak-kanak tersebut petah bercakap apabila dikelilingi keluarga, namun berubah menjadi ‘bisu’ apabila bersama khalayak.

Menurut Khairul, dia kemudian cuba melakukan ujian secara dalam talian terhadap situasi anaknya itu, di mana keputusan ujian menunjukkan positif Selective Mutism.

Kad temujanji anak bongsu Khairul yang perlu menjalani terapi di HUKM.

Tidak menunggu lama, Khairul terus merujuk anaknya kepada doktor pakar kerana situasi tersebut akan menjejaskan pelbagai perkara pada masa hadapan.

Hasil pemeriksaan doktor pakar, anaknya sah didiagnos sebagai Selective Mutism.

“Punca Selective Mutism ni adalah pelbagai dan kebanyakannya berpunca daripada anxiety dan juga trauma. Jumpa pakar nanti barulah mereka boleh korek dan tahu punca.

“Jadi takpe, benda boleh rawat maka kita rawat. Kalau dibiarkan ia akan terus melarat sehingga dewasa,” tulis bapa tunggal kepada tiga cahaya mata ini.

Menurut Khairul, anaknya perlu menjalani terapi dengan ahli psikologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) secara berjadual.

Tanpa abang, dia akan diam membisu, di sekolah diam membisu, jumpa orang asing lagilah diam membisu.

KHAIRUL ABDULLAH

BAPA

Khairul turut berkongsi rawatan terapi yang dijalani oleh anaknya, merangkumi lima aspek:

1. Pendedahan berperingkat (Graded Exposure)

Anak-anak didedahkan kepada stranger atau orang luar secara berperingkat.

2. Proses rangsangan pudar (Stimulus Fading)

Anak dibiarkan bercakap dengan bebas bersama ibu, bapa atau ahli terapi mereka. Selepas selesa, proses seterusnya melibatkan pertuturan dengan orang asing (stranger).

3. Membentuk (Shaping)

Terdapat pelbagai teknik shaping, antaranya merekod dan memberi anak mendengar suara mereka. Selain itu, ada juga aktiviti bergilir-gilir membaca, atau permainan membaca interaktif, aktiviti bercakap berstruktur dan lain-lain lagi yang mendorong kepada perbualan dua hala.

Khaleed (kanan) ceria dan petah apabila dikelilingi abang-abangnya.

4. Peneguhan positif dan negatif

Sentiasa respons dengan positif atas setiap jenis atau cara komunikasi anak dengan orang luar. Sentiasa berikan pengalaman positif apabila introduce anak-anak kepada orang luar.

5. Penyahpekaan (Desensisation)

Teknik yang melibatkan mengurangkan sensitiviti anak dengan orang luar. Berbanding bercakap secara berdepan, kaedah menggunakan telefon, voice note dan sebagainya juga sesuai dicuba.

Tambah Khairul, bagaimanapun terapi ini memerlukan penglibatan dua pihak.

“Selain therapist membantu anak, kita sendiri kena tahu dan sambung terapi tu di rumah. Biasanya anak-anak yang dah jalani terapi ambil masa antara 12 hingga 24 bulan untuk baik daripada kondisi ini.

“Kalau tak dirawat langsung maka ia akan berlarutan sampai anak ke universiti dan alam pekerjaan nanti.

“Semoga dipermudahkan buat semua mak ayah yang ada anak Selective Mutism ini,” tulisnya lagi.

Dirumah Riuh Rendah, Jumpa ‘Orang’ Diam Seribu Bahasa, Bapa Kesan Anak Alami Bisu Terpilih…

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker