Apabila cincin tersalah sarung

Apabila cincin tersalah sarung

Dua jam bertungkus-lumus sampai dahi berpeluh, namun tugas anggota bomba Rahmat Senek jauh belum pun selesai.

Beliau bekerja keras untuk membuang “cincin” yang tersangkut pada kemaluan seorang lelaki di unit rawatan rapi sebuah hospital.

“Saya mengambil masa tiga jam untuk membuang cincin itu,” katanya mengimbau kejadian pada 2018 dan menambah kemaluan mangsa bertukar biru ketika itu disebabkan aliran darah tersekat akibat cincin berkenaan, yang diubah suai daripada “bearing” kereta.

Walaupun kejadian seumpamanya jarang berlaku, itu bukanlah kali pertama Rahmat atau rakan-rakannya dikerahkan membantu membuang cincin dari tempat tidak sepatutnya.

“Ada yang membentuk ‘cincin’ menggunakan bahagian atas botol plastik. Lebih keras bahan yang digunakan untuk cincin itu, lebih lama masa yang akan diambil untuk membuangnya,” kata Rahmat yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh.

Mangsa kes seumpama itu amat bernasib baik kerana Jabatan Bomba dan Penyelamat bukan saja dibekalkan peralatan diperlukan, malah ilmu untuk membantu mereka.

Peralatan itu termasuk alat pencanai diubah suai yang digerakkan oleh udara termampat dan bukannya kuasa elektrik. Ini bererti ia tidak memerlukan kabel dan boleh memberi fleksibiliti sepenuhnya untuk kegunaan bomba.

Rakan sekerja Rahmat, Mohd Izad Azrai Subery berkata, mangsa lazimnya menggunakan cincin seperti itu untuk meningkatkan prestasi di ranjang, tetapi masalah timbul apabila mereka tidak menanggalkan cincin itu selepas selesai.

“Ada yang biarkan selama beberapa hari kerana menyangka tiada apa yang akan berlaku. Mereka tidak tahu saluran darah dengan perlahan-lahan tersumbat,” katanya.

Dalam tempoh lima tahun ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menyelamatkan 19 mangsa yang mengalami “nahas” sedemikian.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kelewatan membuang cincin dari kemaluan mampu mengakibatkan kecederaan jangka panjang, malah alat sulit itu mungkin perlu dipotong.

Bagi lelaki yang “sukakan cabaran” dan mahu mencuba sesuatu baharu, hanya satu pesanan ringkas daripada Norazam: “Jangan buat benda pelik-pelik.” FMT

Apabila cincin tersalah sarung


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker