Zahid sahkan UMNO akan mengadap Agong untuk pengampunan Najib

MACHANG – UMNO mengesahkan parti itu sedang berusaha mencari tarikh bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan rayuan pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu optimis tarikh menghadap tersebut akan diperoleh dalam masa terdekat.

“Setakat ini… UMNO telah mengikuti semua prosedur perundangan yang sedia ada. Bila semua itu ikut prosedur maka akhirnya ialah Lembaga Pengampunan,” katanya selepas diminta mengulas mengenai rayuan pengampunan terhadap Najib di sini pada Ahad.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu.

Hadir sama ialah Pengerusi Felcra, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob.

Menurut beliau, UMNO memang prihatin terhadap nasib bekas pemimpin tersebut.

“Apa UMNO lakukan ketika ini bukan desakan politik sebaliknya lebih kepada rayuan.

“Rayuan itu bukan sahaja dari Majlis Tertinggi namun melibatkan pemimpin akar umbi seluruh negara iaitu ketua-ketua bahagian, ketua pemuda, wanita dan puteri,” katanya.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, MKT UMNO telah membuat ketetapan untuk merayu pengampunan bagi bekas Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat pada mesyuarat bulanan MKT UMNO yang berlangsung pada Jumaat.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen

Azwan suruh Aaron maki saja dua orang tu

PRN: PH-BN capai kata sepakat, penyandang kekal bertanding

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker