Pemandu langgar kereta mewah Tunku Idris disaman RM300

Pemandu langgar kereta mewah Tunku Idris disaman RM300

JOHOR BAHRU – Pemandu kenderaan bernombor pendaftaran Singapura yang dikenal pasti melanggar kereta milik Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dalam satu kejadian di Jalan Serampang, Taman Pelangi pada 1 Ogos lalu, disaman RM300.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 62 tahun itu telah dipanggil ke Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS untuk diserahkan saman, hari ini.

“Polis memanggil pemandu kereta itu untuk hadir ke balai polis trafik hari ini bagi membolehkan saman Pol 257 diserahkan kepadanya.



“Dia disaman mengikut Rule 10 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Dia kemudiannya terus bertindak menjelaskan saman sebanyak RM300 itu pada pukul 1.45 petang tadi,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Tambah Raub, saman dikeluarkan di bawah Rule 10 itu adalah disebabkan kesalahan lalai mengawal pergerakan kenderaan dengan baik yang mana saman boleh dikenakan maksimum RM300.

Pada 1 Ogos lalu, Tunku Idris berkongsi insiden kereta Honda miliknya dilanggar sebuah BMW ketika diletakkan di hadapan sebuah kedai roti di lokasi kejadian. K Online

Pemandu langgar kereta mewah Tunku Idris disaman RM300




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker