Kepelbagaian Hasil, Eksport Elak Malaysia Jadi Seperti Sri Lanka – Johari

Kepelbagaian Hasil, Eksport Elak Malaysia Jadi Seperti Sri Lanka – Johari

Kepelbagaian sumber pendapatan dan eksport negara ini akan mengelakkan Malaysia daripada menjadi muflis seperti Sri Lanka, malah struktur ekonomi kedua-dua negara ini adalah amat berbeza, kata bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Johari menjelaskan, setiap negara mempunyai pendapatan serta eksport yang berbeza yang mana dalam hal ini, Sri Lanka terlalu banyak bergantung kepada sektor pelancongan dan pertanian, berbanding Malaysia yang sumber hasilnya adalah lebih pelbagai.

“Kita perlu melihat dahulu beza Sri Lanka dengan Malaysia sebelum boleh memperkatakan sebarang isu mengenai perkara ini. Sri Lanka sebenarnya telah berdepan dengan krisis kewangan sejak 2012.

“Apabila datang pandemik, ia terus memberikan impak yang besar kerana Sri Lanka bergantung kepada sektor pelancongan. Hutang mereka telah meningkat setiap tahun sehingga AS$101 bilion ketika ini, dengan AS$51 bilion adalah hutang dalam mata wang asing.



“Mereka tidak boleh membayar hutang kerana tidak mempunyai pendapatan. Berbeza dengan kita kerana Malaysia mempunyai kepelbagaian sumber pendapatan dan eksport,”katanya dalam sayu kenyataan di Facebook.

Beliau berkata demikian dalam Forum Berani Benar: Malaysia Bakal Menjadi Sri Lanka? secara maya, pada Jumaat.

Tambah Johari, Malaysia turut bergantung kepada industri pelancongan, tetapi jumlahnya tidak besar seperti Sri Lanka kerana negara kita mempunyai sumber pendapatan lain yang dapat dieksport seperti gas, minyak sawit dan minyak mentah.

“Malaysia merupakan pengeluar gas ke-5 di dunia selain minyak mentah dan minyak sawit. Harga minyak sawit kita meningkat setiap tahun selain harga komoditi yang lain. Kita juga turut mengeksport barangan elektrik dan elektronik (E&E), petroleum serta kimia.



“Oleh sebab itu, pendapatan eksport apabila ditolak dengan import, negara Malaysia masih lagi mempunyai lebihan walaupun marginnya tidak besar,” katanya.

Beliau bagaimanpun berkata, lebihan dagangan yang diperoleh Malaysia pada masa ini, masih belum dapat mengukuhkan ringgit. Ini berikutan negara Malaysia masih banyak bergantung kepada import yang membabitkan jumlah agak besar.

“Walaupun eksport negara Malaysia naik mendadak tetapi faktor kadar faedah Amerika Syarikat (AS) turut menyaksikan aliran keluar dana asing dan perkembangan sedemikian turut menyebabkan simpanan dan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) tidak meningkat,” katanya lagi.-BN News Online

Kepelbagaian Hasil, Eksport Elak Malaysia Jadi Seperti Sri Lanka – Johari



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker