Abd Latif Bandi dan anak bebas dari tuduhan rasuah, pengubahan wang haram

Abd Latif Bandi dan anak bebas dari tuduhan rasuah, pengubahan wang haram

JOHOR BAHRU: Bekas Exco Kerajaan Negeri Johor Datuk Abd Latif Bandi, anaknya dan seorang perunding hartanah dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM35.7 juta, lima tahun lalu, hari ini.

Keputusan itu dibuat hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Kamaruddin Kamsun selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah kepada kes pendakwaan terhadap kesemua tertuduh Abdul Latif, 56, Ahmad Fauzan Hatim, 30, dan Amir Shariffuddin Abd Raub, 49.



Abdul latif turut menghadapi 13 pertuduhan dan masing-masing empat pertuduhan bagi Amir Shariffudfin serta Ahmad Fauzan di bawah Seksyen 32(8)(c) serta Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Kamaruddin dalam penghakimannya berkata keputusan dibuat setelah mahkamah meneliti perbicaraan dan hujahan.

Mahkamah turut mengarahkan agar wang jaminan dipulangkan semula.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pengarah 1, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.



Abdul Latif dan Ahmad Fauzan diwakili barisan peguam yang diketuai Datuk Salehuddin Saidin.

Manakala Amir Shariffuddin diwakili Khairulazwad Sariman.

Sementara itu, Wan Shaharuddin dalam hujahnya berkata pihaknya akan meneliti keputusan yang diputuskan mahkamah terhadap ketiga-tiga tertuduh, dan akan memfailkan rayuan berhubung keputusan tersebut pada minggu ini.

Pada 26 Jun lalu, Mahkamah Sesyen menangguhkan keputusan kes dihadapi Abd Latif dan anak lelakinya serta seorang perunding hartanah kerana terhadap hujahan daripada pihak terbabit yang belum diterima.



Kamaruddin pada 21 April 2019 melepas dan membebaskan ketiga-tiga mereka selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Bagaimanapun, pada 7 November 2021, Mahkamah Tinggi mengarahkan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri itu dengan dua yang lain terbabit untuk membela diri selepas Hakim Datuk Abu Bakar Katar memutuskan Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam keputusannya itu.

Abd Abd Latif, Ahmad Fauzan dan Amir Shariffuddin didakwa pada 14 Jun 2017, atas 33 pertuduhan rasuah dan empat pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram berjumlah RM35.7 juta, bagaimanapun masing-masing mengaku tidak bersalah.AA

Abd Latif Bandi dan anak bebas dari tuduhan rasuah, pengubahan wang haram



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri



Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker