Saya Sedia Beli RM2 Sekilo

Saya Sedia Beli RM2 Sekilo

Tanjung Malim: Berjalan ke hulu dan hilir serta kadangkala menempuh panas terik, malah sesekali pula ditimpa hujan namun tidak mematahkan semangat kental seorang ibu tunggal memberi kesedaran kepada orang ramai tentang faedah minyak masak terpakai dalam kehidupan seharian.

Inisiatif itu didorong selepas melihat tahap kesedaran masyarakat terutama golongan isi rumah dan peniaga tentang kegunaan minyak masak terpakai serta kesan pada alam sekitar jika minyak dibuang tanpa kawalan masih rendah.

Difahamkan, ramai golongan isi rumah dan peniaga tidak mengetahui sebenarnya minyak masak terpakai boleh menjana pendapatan sampingan serta jika dibuang sesuka hati pula boleh mencemarkan alam sekitar.

Jadi, tidak hairanlah, jika ternampak kelibat atau terserempak dengan wanita berkenaan, Habibah Yaakob, 59, terutama di tempat tumpuan orang ramai sama ada di pasar, gerai atau restoran yang petah bercakap memberi maklumat tentang kegunaan minyak masak terpakai kepada orang ramai.

Habibah berkata, sebenarnya apa yang beliau lakukan untuk memberi kesedaran tentang faedah serta kesan minyak masak terpakai terhadap alam sekitar di samping mampu menjana pendapatan.

Beliau yang juga Ahli Majlis, Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) berkata, golongan isi rumah atau peniaga gerai dan restoran hanya perlu mengumpul minyak dengan memasukkan ke dalam tong selepas dua atau tiga kali digunakan.

“Minyak masak terpakai boleh dijual kepada pembeli bagi memperoleh pendapatan sampingan.

“Ramai tidak sedar minyak masak terpakai boleh dikitar semula untuk dijadikan bahan seperti biodiesel, malah boleh digunakan untuk membuat lilin, pencuci, sabun serta makanan haiwan,” katanya.

Habibah berkata, kadangkala golongan isi rumah sering merungut selepas sinki tersumbat tanpa menyedari keadaan ini terjadi selepas mereka menuang minyak ke dalam lubang sinki yang menyebabkan sinki tersumbat.

Katanya, minyak dibuang pada sinki akan bertukar sifat ke sisa pepejal lalu melekat pada saluran paip menyebabkan lama kelamaan saluran paip rosak.

“Minyak masak terpakai yang dibuang dalam longkang pula sudah pasti mengeluarkan bau busuk dan saluran paip longkang rosak apatah lagi jika air mengalir masuk ke dalam sungai yang menyebabkan habitat hidupan air terjejas,” katanya.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Kuala Slim, Perak dibesarkan di Felda Gedangsa selepas ayahnya Yaakob Abdul Hamid menyertai Felda pada 1963 berkata, apa yang beliau lakukan selama ini bukan bertujuan mencari keuntungan atau imbuhan namun lebih ke arah memberi kesedaran kepada orang ramai tentang faedah minyak masak terpakai dan kesan pada alam sekitar.

Di sebalik hasil usahanya, beliau berkata, ada segelintir isi rumah atau peniaga dan pemilik restoran serta kedai makan memandang sinis dan rendah apa yang beliau lakukan.

“Untuk menarik perhatian golongan sasar dan memastikan usaha saya membuatkan hasil dan memberi impak positif maka sudah tentu saya perlu bijak berkomunikasi serta mengamalkan pendekatan berhemah.

“Sentiasa senyum dan ramah serta bertutur dengan mesra dengan bahasa mudah atau loghat tertentu menjadi amalan ketika bertemu golongan sasar,” katanya.

Beliau berkata, bagi memberi galakan dan dorongan kepada golongan sasar, pihaknya menganjurkan Pencarian Juara Otai Minyak Masak Terpakai di daerah Muallim yang sudah memasuki tahun ketiga dengan kerjasama MDTM.

Malah, minyak masak terpakai boleh dijual kepada beliau dengan harga RM2 sekilogram (kg).

“Tidak mudah didik orang ramai dan sudah tentu memerlukan masa kerana mungkin sebelum ini mereka kurang didedahkan dengan perkara ini,” katanya.

Beliau yang juga Duta Kitar Semula (Icycle) yang dipilih Icycle Malaysia sejak 2017 atas pembabitan aktif dalam amalan kitar semula 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disertainya berkata, walaupun apapun cabaran mendatang, semangatnya tidak akan pudar dalam memberi khidmat bakti yang terbaik kepada masyarakat setempat.

Jadi tidak hairanlah jika ada yang menggelar beliau Iron Lady atau gelaran Wanita Besi kerana semangatnya yang berkobar-kobar dalam berjuang memelihara dan memulihara alam sekitar melalui usaha yang dilakukan sejak tiga tahun lalu.HM

Saya Sedia Beli RM2 Sekilo

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker