PBM bidas Bersatu! Cerminlah diri sendiri dahulu

KUALA LUMPUR: Parti Bangsa Malaysia (PBM) berhak menentukan hala tuju parti itu menerusi kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Barisan Nasional (BN) demi kepentingan negara dan rakyat.

Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahmad menegaskan parti itu tidak memerlukan campur tangan luar dalam mengurus dan menentukan masa depan parti, sebaliknya memadai dengan keputusan dicapai barisan kepemimpinan PBM.

Justeru, beliau meminta BERSATU cermin diri selepas parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu menyifatkan tindakan PBM menyertai BN sebagai memalukan.



Ini kerana, katanya BERSATU pernah menerima penyertaan ramai bekas pemimpin BN.

“Bagi saya segala keputusan PBM ditentukan oleh kepemimpinan melalui mesyuarat Biro Politik dan Majlis Tertinggi.

“Pimpinan mencadangkan selepas berdiskusi panjang dalam beberapa siri dan menyimpulkan perlu menyertai gabungan untuk Pilihan Raya Umum (PRU). Ini dipersetujui oleh semua.

“Sebagai parti yang sah berdaftar, adalah hak kami untuk menentukan hala tuju politik PBM. Kita melihat gabungan yang boleh memberi manfaat panjang kepada negara khususnya dari segi kestabilan ekonomi dan penyatuan rakyat.



“Bukan bertelagah mengenai kuasa, jawatan dan kedudukan,”

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan BERSATU, Wan Saiful Wan Jan, yang menyifatkan tindakan PBM memohon menyertai BN sebagai tindakan memalukan.

Wan Saiful turut menggambarkan langkah PBM itu umpama melutut kembali kepada BN demi kuasa.

Jika dikatakan BN gabungan parti bermasalah, Nor Hizwan berkata ia tidak wajar dikaitkan tuduhan peribadi kepada keseluruhan organisasi.



Sebaiknya, beliau berkata biar hal itu diadili di mahkamah dan melalui proses yang wajar menurut lunas undang-undang.

Di pihak PBM, beliau menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam meneruskan agenda pemulihan negara pasca pandemik COVID-19.

“Pada saya ini strategi politik yang perlu diambil bagi meneruskan legasi dan kelangsungan sesebuah parti politik dan melihat kepada kadar kebolehsesuaian serta kajian pendapat, maka keputusan PBM dikira wajar.

“Bagi pihak yang melabel macam-macam, keangkuhan pimpinan, sifat menutup pintu, berasa eksklusif dan tidak mahu mendengar pandangan adalah elemen yang menggagalkan.



“Boleh lihat contoh bagaimana dalam BERSATU sendiri hari demi hari, banyak pemimpin meninggalkan mereka. Semestinya ada yang tak kena,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker