China batal mesyuarat pertahanan, perubahan iklim dengan Amerika

China batal mesyuarat pertahanan, perubahan iklim dengan Amerika

China mengumumkan keputusan membatalkan beberapa mesyuarat pertahanan dan menggantung perbincangan penting berhubung perubahan iklim, dengan Amerika Syarikat (AS) susulan lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi ke Taiwan, baru-baru ini.

“Beijing akan menggantung perbincangan China-AS mengenai perubahan iklim, dan membatalkan rancangan pertemuan membabitkan pemimpin tentera serta dua mesyuarat keselamatan,” menurut Kementerian Luarnya sambil menyifatkan Pelosi sengaja mengabaikan bantahan keras China terhadap lawatannya ke Taiwan.



China dan AS – dua negara terbesar dalam pelepasan karbon – membuat pakatan mengejutkan berkaitan isu iklim pada sidang kemuncak perubahan iklim, COP26 di Glasgow, tahun lalu.

Kedua-dua negara itu dilaporkan berikrar untuk bekerjasama, termasuk bersedia mengadakan pertemuan lebih kerap, bagi menangani isu perubahan iklim.

Dalam pada itu, kementerian berkenaan turut memaklumkan keputusan China untuk menggantung kerjasama dengan AS berhubung pendatang tanpa izin, bantuan kehakiman dan jenayah rentas sempadan serta dalam usaha antidadah. BH

China batal mesyuarat pertahanan, perubahan iklim dengan Amerika




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri



Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker