Polis nafi dakwaan Meta

Polis nafi dakwaan Meta

Polis menafikan laporan sebuah syarikat teknologi yang mendakwa terdapat akaun palsu di media sosial yang “mempunyai hubungan dengan polis”.

Setiausaha Polis, Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pihaknya menafikan dakwaan itu dan sedang mengumpul maklumat lanjut mengenainya.



“Polis memandang serius laporan Syarikat Meta Platforms Incorporated mengenai dakwaan akaun palsu,” katanya dalam kenyataan.

Awal hari ini, syarikat teknologi itu tidak menolak kemungkinan polis menjadi “dalang” di sebalik jaringan akaun dan halaman di media sosial dalam cubaan memanipulasi wacana awam di negara ini.

Syarikat di belakang Facebook dan Instagram itu berkata, pihaknya memadamkan 596 akaun Facebook, 180 halaman, 11 kumpulan dan 72 akaun Instagram kerana melanggar dasar koordinasi perlakuan tidak sahih.

Melalui Quarterly Adversarial Threat Report yang dikeluarkannya, Meta berkata, individu di sebalik akaun, halaman dan kumpulan mengendalikan “troll farm” – usaha koordinasi yang ditempatkan bersama bertujuan merosak dan memanipulasi wacana awam dengan menggunakan akaun palsu untuk mengelirukan orang ramai berhubung siapa di belakang mereka.



“Walaupun mereka berada di sebalik tabir cuba untuk berselindung identiti dan koordinasi, siasatan kami mendapati wujud kaitan dengan polis Malaysia,” katanya. FMT

Polis nafi dakwaan Meta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk



I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker