Negeri bawah BN perlu pinda undang-undang tubuh berkait lompat parti – Ahmad Maslan
Negeri bawah BN perlu pinda undang-undang tubuh berkait lompat parti – Ahmad Maslan
Negeri bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) diminta meminda undang-undang tubuh atau enakmen negeri susulan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait larangan bertukar parti, kata Ahmad Maslan.
Setiausaha agung Umno berkata, perkara itu diputuskan hasil mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam ini.
Beliau berkata, langkah meminda undang-undang tubuh atau enakmen negeri itu perlu dilakukan selepas Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini, selesai diwartakan.
Ahmad berkata, pihaknya juga sedang berbincang dengan penasihat undang-undang berkaitan cadangan supaya Ahli Parlimen atau ADUN yang ingkar arahan parti untuk mengosongkan kerusi mereka.
“Ya, itu kita akan berbincang dengan penasihat undang-undang Umno, apakah perlembagaan parti berkaitan fasal yang perlu dipinda selaras dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Sementara itu, Ahmad berkata parti itu tidak akan membuat pemilihan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) November ini.
“Tidak ada pemilihan jawatan dalam persidangan cawangan, mesyuarat perwakilan bahagian dan perhimpunan agung, tiada pemilihan jawatan di semua peringkat kali ini,” katanya.
Katanya, PAU akan diadakan pada 23 hingga 26 Nov ini.
Pada Mei lalu, Umno meluluskan pindaan perlembagaan yang membolehkan pemilihan parti diadakan tidak lebih enam bulan selepas PRU, bagi memberi ruang kepada ahli menumpukan perhatian kepada kerja pilihan raya.
Notis mengenai pindaan perlembagaan diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) pada 17 Mei.
Pada 29 Julai lalu, JPPM meluluskan pindaan perlembagaan Umno supaya pemilihan di semua peringkat diadakan tidak melebihi enam bulan selepas PRU diadakan.
Jabatan itu turut meluluskan permohonan berkaitan perlembagaan Umno dengan sedikit pindaan.
Umno sebelum ini menangguhkan pemilihan di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 berakhir pada 30 Jun tahun lalu. FMT
Negeri bawah BN perlu pinda undang-undang tubuh berkait lompat parti – Ahmad Maslan
Baca Artikel Menarik:
- Tengking pegawai imigresen di KLIA, kesatuan kecam KP perkhidmatan awam
- Bersatu bukan lagi parti Melayu
- Tuduhan terhadap KPPA tidak benar dan berniat jahat – JPA
- PBM tak layak sertai BN, Zuraida kerap lompat – Shahrul Nasrun
- Hati-hati dengan lelaki panas baran – Shila Amzah
- Mahathir datang lagi, kini bakal tubuhkan pula Gagasan Melayu-Islam baharu
- Lelaki perkosa anak tiri dijatuhi hukuman kembiri
- Najib sahut cabaran Mahathir bagi ‘bukti’
- ‘Saya Nak Jumpa Tuhan’ – Bapa Campak Anak Dari Jejambat Sempat Beritahu Isteri
- Nasib 4 ADUN P Pinang ‘berpaling tadah’ diketahui Jumaat
- Aizat nikah 14 Ogos ini
- Jamal Abdillah ‘sound’ Khairy
- SPRM semak kertas siasatan berkait dakwaan rasuah Tok Pa, 2 yang lain
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh
Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central
Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup