4,413 kes baru, 8 kematian Covid-19

Sebanyak 4,413 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,697,213.

Jumlah kes aktif sebanyak 47,534,turun 2.3 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru mengikut negeri:

  • WP Kuala Lumpur (1,344)
  • Selangor (1,129)
  • Perak (327)
  • Sabah (281)
  • Negeri Sembilan (263)
  • Pulau Pinang (230)
  • Melaka (159)
  • Kedah (123)
  • Sarawak (107)
  • Johor (95)
  • Kelantan (93)
  • WP Putrajaya (90)
  • Pahang (89)
  • Terengganu (48)
  • Perlis (21)
  • WP Labuan (14)

Sebanyak 8 lagi kematian dilaporkan, dengan empat orang meninggal dunia di luar hospital (BID).

Sejak minggu lepas, purata 8.1 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 7.2, yang menunjukkan trend uptrend.

Terdapat 204 laporan kematian bulan lepas dan 89 kematian pada Jun.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, Covid-19 telah meragut 36,003 nyawa.

Berikut jumlah kematian berdasarkan negeri: Johor (2), Kedah (2), Melaka (1), Negeri Sembilan (1), Perak (1), Sabah (1).

Seramai 1,531 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital, dengan 52 kes sedang mendapat rawatan rapi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker