Platfom Muafakat Nasional masih berguna

Bekas anggota parlimen PAS Khairuddin Aman Razali berpendapat Muafakat Nasional (MN) masih berguna walaupun hubungannya sudah ‘suam-suam kuku’.

Katanya gabungan antara PAS dan Umno itu boleh menjadi platform kerjasama dalam perkara kebajikan dan takwa.

“Walaupun MN sudah suam-suam kuku namun ia masih berguna untuk menjadi platform kerjasama dalam perkara kebajikan dan taqwa antara PAS dan Umno.



“Selagi kerajaan bersama di peringkat Persekutuan berjalan, ruang kerjasama sentiasa ada untuk diperkukuhkan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Khairuddin, bekas pemimpin ulama PAS yang telah meninggalkan parti itu dilihat lebih cenderung mempertahankan MN, khususnya Umno, berbanding pemimpin tertinggi PAS lain yang lebih mesra kepada Bersatu.

Untuk rekod, PAS memeterai piagam MN dengan Umno ketika kedua-dua parti terbabit menjadi pembangkang, namun menyertai Perikatan Nasional – yang ditunjangi Bersatu – selepas mereka menjadi kerajaan dengan menjatuhkan Pakatan Harapan melalui Langkah Sheraton pada Februari 2020.

Hubungan Umno-PAS kemudian menjadi semakin menegang apabila pemimpin kedua-dua parti – termasuk di peringkat tertinggi – saling berbalas kecaman. Malah ada desakan daripada pihak tertentu agar MN diisytiharkan sudah berkubur.



Terdahulu Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyentuh isu kerjasama antara kedua-dua parti tersebut bagi berdepan PRU15.

Menurutnya kerjasama antara PAS dan Umno perlu dibuat secara menyeluruh dan bukan di negeri tertentu sahaja.

Sementara itu Khairuddin berkata pertandingan tiga penjuru antara parti-parti Melayu-Islam memang sukar dielakkan.

Bagaimana pun jelasnya, ia perlu diterima sebagai satu persaingan sihat dalam arena politik namun kebersamaan mesti terus dibina atas nama semangat persaudaraan Islam.



“Serang-menyerang politik boleh sentiasa dikendurkan diganti dengan kritikan politik yang adil dan berilmu serta berfakta.

“Budaya politik matang dan sejahtera memang wajar sentiasa diamalkan oleh semua orang politik dengan sentiasa mengemukakan politik berprinsip, politik penyelesaian Islam, melebarkan nasihat menasihati, amar makruf nahi mungkar, politik mengutamakan rakyat, politik benar tidak mencipta persepsi, politik damai dan diplomasi dan politik rasional dan profesional,” katanya yang kini anggota parlimen bebas.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura



Hulk Hogan berdikir barat (Video)

‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker