Pengawal penjara Israel dakwa kononnya jadi hamba seks banduan Palestine
Pengawal penjara Israel dakwa kononnya jadi hamba seks banduan Palestine
TEL AVIV – Perdana Menteri Israel, Yair Lapid menjanjikan siasatan kelmarin berhubung dakwaan seorang pengawal penjara wanita di sebuah penjara kawalan keselamatan maksimum bahawa dia diperkosa berulang kali oleh seorang banduan Palestin selepas pihak atasan memaksa dia bekerja sebagai ‘hamba seks’.
Sebilangan laporan yang mendakwa pengawal wanita menjadi mangsa pencabulan oleh banduan-banduan di Penjara Gilboa itu tersebar di media Israel selama beberapa tahun.
Bagaimanapun, pihak pengurusan penjara itu mengundang perhatian baharu pada September tahun lalu apabila enam banduan Palestin lolos dengan menggali terowong dari kurungan mereka dalam insiden yang menjadi tajuk utama media di seluruh dunia.
Tempoh setahun lalu juga menyaksikan siri pendedahan mengenai apa yang digelar media Israel sebagai ‘Skandal Pelacuran Gilboa’, merujuk kepada laporan meluas mengenai perbuatan pegawai penjara mengarahkan pengawal wanita ke dalam situasi di mana mereka terdedah kepada serangan oleh banduan.
Bagaimanapun, pada minggu lalu, seorang wanita yang mengaku dirinya bekas pengawal penjara Gilboa menyiarkan keterangan secara online bahawa dia berulang kali dirogol oleh seorang banduan Palestin.
Wanita itu berkata, dia diserahkan kepada banduan tersebut oleh pegawai atasannya dan menjadi ‘hamba seks’ lelaki itu.
“Saya tidak mahu dirogol dan dicabuli lagi dan lagi,” katanya.
Penguamnya, Keren Barak mengesahkan keterangan oleh wanita yang identitinya tidak didedahkan itu semasa satu wawancara dalam saluran televisyen Channel 12 hujung minggu lalu dan berkata, anak guamnya memerlukan sokongan kesihatan mental susulan tragedi itu.
Mengulas perkembangan itu, Lapid memberitahu Kabinet kelmarin: “Saya tidak boleh bertoleransi bahawa seorang askar dirogol oleh pengganas ketika dia berkhidmat,”.
“Insiden ini mesti dan akan disiasat. Kita akan pastikan bahawa askar terbabit menerima bantuan,” katanya.
Penjara Gilboa di utara Israel menempatkan sebilangan rakyat Palestin yang didapati berasalah terbabit dalam serangan terhadap warga Israel. K Online
NOTA : INI PEMBOHONGAN NYATA OLEH PUAK YAHUDI ISRAEL. MANA MUNGKIN BANDUAN PALESTINE DIBIARKAN MEROGOL PEGAWAL PENJARA. INI ADALAH CUBAAN MEMBURUKKAN ORANG PALESTINE SAJA.
Pengawal penjara Israel dakwa kononnya jadi hamba seks banduan Palestine
Baca Artikel Menarik:
- Mat Tudung kembali beraksi
- Poor boy from ‘gangster town’ turns into top cop
- Rosyam Nor kendali Sembang Viral
- Kedai Cik B kena sihir lagi – Vida
- Tengku Zafrul bawa ‘gula’ untuk BN tawan Selangor
- 3 pesilat negara lakar nama sebagai juara baharu dunia
- Saya gam mereka dulu – Abon
- PRU dah nak dekat… – Ismail
- Tuntut naik gaji kufur nikmat terbesar, Cassa bidas Cuepacs
- MN Plus tidak perlu diungkit, sudah berlalu selepas PN wujud
- Hadi kata PH tipu manifiesto, Muhyiddin buat muka tebal seolah-olah tidak bersalah
- Agihan kerusi dalam PN, Muhyiddin kata pada PAS ‘lebih kurang minta halal’
- 1.2 juta warga China ‘hilang dari radar’, mana imigresen?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura
‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.