Kes 9 polis memeras ugut masih disiasat

PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat penglibatan sembilan anggota polis yang didakwa terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan dipercayai berkaitan dadah di Gombak di sini baru-baru ini.

Memberitahu kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, pihaknya sedang mengambil keterangan individu-individu berkaitan termasuk ahli perniagaan yang membuat laporan tersebut.

Menurut beliau, kesemua anggota polis berpangkat konstabel hingga sub inspektor berusia 26 hingga 57 tahun ditahan kira-kira pukul 11 pagi di Ibu pejabat Polis Daerah Gombak.

“Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis. Buat masa ini siasatan sedang dilakukan termasuk peranan anggota yang didakwa melakukan pemerasan berhubung kes pemilikan dadah.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan (kesalahan peras ugut),” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Terdahulu, Sasikala Devi dilaporkan berkata, sembilan anggota ditahan Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes pemerasan berkaitan pemilikan dadah.

Penahanan itu susulan laporan yang diterima daripada ahli perniagaan berusia 32 tahun pada 26 Julai lalu.

Jelas beliau, semakan awal mendapati pengadu memiliki rekod lampau berhubung kes dadah.

“Kita juga akan melakukan siasatan tatatertib terhadap semua anggota dan tindakan susulan terhadap kesemua anggota berkenaan akan dilakukan Bukit Aman. – UTUSAN

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker