KDN: Salah jika orang awam rakam ketika tangkapan, serbuan polis

KDN berkata polis masih belum mendapatkan kamera badan untuk digunakan semasa menjalankan tugas walaupun peruntukan untuknya telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK 12).

Untuk rekod, kamera badan sepatutnya telah diperoleh dan digunakan pada 2021.

Dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (Pakatan Harapan-Kepong) Khamis lalu, kementerian itu berkata pihak yang membuat rakaman ketika tangkapan atau serbuan boleh diambil tindakan kerana menghalang pegawai awam menjalankan tugas dan mengganggu siasatan.



Pada 2020, polis berkata tindakan merakam gambar atau video ketika pihak polis sedang menjalankan siasatan merupakan kesalahan bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, iaitu menghalang tugas penjawat awam.

Pada tahun itu juga, polis menahan bekas pemimpin siswa Universiti Malaya Wong Yan Ke atas kesalahan merakamkan ketika polis melakukan penyiasatan dan penggeledahan di sebuah rumah.

KDN juga berkata merakam serbuan polis juga melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) kerana mengganggu orang lain.

Mengenai sama ada polis boleh merampas atau memeriksa telefon seseorang atau tidak, kementerian berkata polis boleh berbuat demikian jika telefon itu milik seseorang yang disyaki terlibat dalam jenayah.



Jenayah itu melibatkan Kanun Keseksaan, Seksyen 233 CMA, Akta Hasutan, Akta Pencegahan Keganasan, Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma).

Ini bermakna pihak berkuasa boleh merampas atau menggeledah telefon mereka yang merakam polis.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura



Hattan Tiada Masalah BBNU ‘Cover’ Lagunya, Bagi ‘Warning’ Awal-awal Tahan Telinga Jika Jahanam [VIDEO]

‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker