Ismail Sabri lawat fasiliti ketenteraan komersial Indonesia
Ismail Sabri lawat fasiliti ketenteraan komersial Indonesia
PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat fasiliti pengeluaran produk ketenteraan dan komersil Indonesia milik PT Pindad, yang terlibat dalam industri pertahanan sejak 1983.
Dalam lawatan itu beliau diiringi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di Indonesia, Adlan Mohd Shaffieq.
Turut hadir bagi pihak Indonesia pula Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto, Direktur Utama PT Pindad Abraham Mose selain Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, Nadiem Anwar Makarim yang juga menteri pengiring.
Lawatan itu merupakan agenda terakhir Ismail Sabri yang berada dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia.
Syarikat milik kerajaan Indonesia itu menghasilkan produk ketenteraan dan komersial antaranya pistol, senapang, peluru, kenderaan khusus termasuk kereta perisai, produk pyroteknik, bahan peledak, produk mekanikal, elektrikal optikal dan opto elektronik.
Syarikat itu adalah pembekal utama persenjataan dan amunisi untuk Tentara Nasional Indonesia dan badan beruniform lain bagi menyokong keupayaan pertahanan dan keselamatan Indonesia.
PT Pindad turut menjalankan aktiviti reka bentuk, pembangunan, kejuruteraan dan fabrikasi serta penyelenggaraan.
Fasiliti pengeluaran di sini berkeluasan 66 hektar dengan fasiliti terbesarnya di Malang, di Jawa Timur, berkeluasan 166 hektar. Utv
Ismail Sabri lawat fasiliti ketenteraan komersial Indonesia
Baca Artikel Menarik :
- Polis Tahan Wanita Terlibat Kegiatan Pecah Rumah Dan Kenderaan
- Mesir batalkan tayangan Eternals ekoran babak homoseksual
- Bapa Leka Nak Menari Buat Anak Tidak Gemar Hingga Heret Turun Pentas [VIDEO]
- Rumah Terbakar, Mayat Ibu Dan Anak-Anak Ditemui Berpelukan Terhidu Asap Kebakaran
- Awas! Banyak Kes Mati Mengejut Tak Kira Usia…Kaum Lelaki Perlu Lebih Peka Hal Kesihatan Jantung!
- Kulim Jadi Lokasi Pertama Pasang Porsche Cayenne Luar Eropah, Harga Bermula RM550,000
- Tukang khianat baling batu dari atas jejambat tol akhirnya ditangkap!
- Dahsyat! “Ramai Tanya Kain Tak Terselak Ke? Wanita Berbaju Kurung Buat ‘Backflip’ [VIDEO]
- PRN Melaka: Rakyat Anggap PH ‘Zero’ Tidak Prihatin Rakyat
- 4 abang rogol adik ditahan polis
Layari Laman Facebook MYKMU
PRN Melaka: Zahid Hamidi Gesa Pengundi Melaka Waspada, Ada Cubaan Burukkan Imej Calon BN
Malaysia Bukan Negara Sihat – Khairy Jamaluddin
You must be logged in to post a comment.