Harga maksimum minyak masak botol 5kg RM34.70

Harga maksimum minyak masak botol 5kg RM34.70

Minyak masak sawit dalam botol 5kg akan dijual pada harga RM34.70 bulan ini bermula dari 8 Ogos, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Annuar Musa.

Annuar berkata, harga itu ditetapkan susulan pelaksanaan harga maksimum minyak berkenaan secara bulanan berdasarkan harga bagi satu tan metrik minyak sawit mentah (CPO) diumum oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dengan harga RM4,063 bagi Ogos.

“Berdasarkan penentuan harga ini mulai hari ini, penguatkuasaan harga di kedai-kedai hendaklah mula dilaksanakan tujuh hari kemudian, bermakna 8 Ogos minyak masak dalam botol 5kg yang sekarang dijual dari RM39 hingga RM42 hendaklah dijual pada harga maksimum RM34.70,” katanya pada sidang media di Parlimen selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi.

Bagaimanapun, Annuar berkata harga itu hanya berkuatkuasa di Semenanjung.

Sementara itu, Annuar yang juga menteri komunikasi dan multimedia berkata, dengan pengumuman berkenaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil langkah berikutnya untuk mewartakan harga tersebut.

Katanya, kaedah sama akan dikekalkan pada bulan akan datang, dengan harga maksimum berkenaan akan berubah setiap bulan berdasarkan harga semasa CPO yang diumumkan oleh MPOB setiap awal bulan.

“Bagi peniaga yang gagal mematuhi penetapan harga maksimum ini, KPDNHEP boleh mengambil tindakan berdasarkan peraturan yang ada,” katanya sambil menyatakan jadual harga maksimum bagi minyak masak botol 1kg hingga 3kg akan dikeluarkan oleh KPDNHEP.

Minggu lalu, kerajaan memutuskan untuk mewartakan harga maksimum minyak masak dalam botol, bagi memastikan produk itu mempunyai harga maksimum dari semasa ke semasa dan bagi membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup. FMT

Harga maksimum minyak masak botol 5kg RM34.70


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura

Hulk Hogan berdikir barat (Video)

‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker