El Chapo Hasilkan Kokain Baharu Jenama Tesla Dan Prada
El Chapo Hasilkan Kokain Baharu Jenama Tesla Dan Prada
Kartel dadah paling terkenal di dunia, Sinaloa kini mula menjenamakan semula dadah mereka hasil inspirasi daripada tokoh perniagaan Elon Musk dan pereka fesyen legenda Mario Prada, lapor Vice.
Dalam satu serbuan oleh pihak berkuasa Mexico, sebanyak 1.6 tan dadah berjaya dirampas dengan kebanyakan bungkusan dadah sudah diletakan dengan logo Tesla dan Prada.
Polis Mexico City menemui bungkusan dadah – terbesar dalam sejarah Mexico – dalam dua lori kontena ketika ia melalui pinggir bandar tersebut bersama-sama dengan kenderaan yang ditugaskan untuk melindungi penghantaran dadah terbabit.
Ketua Polis Mexico City Omar Harfuch ketika bercakap di hadapan media menyatakan bahawa serbuan ini adalah “rampasan kokain terbesar di Mexico City” dalam tempoh 12 tahun yang lalu. Tambahnya lagi, kokain yang dirampas tersebut dianggarkan bernilai USD$20 juta (RM89 juta) atau kira-kira 400 Tesla Model 3s.
Difahamkan bahawa dadah itu tiba dari Colombia dan dalam perjalanan ke Tepito di pinggir bandar Mexico City untuk dijual bagi pasaran tempatan dan juga antarabangsa, terutamanya Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, pihak berkuasa mengelak untuk menuduh Sinaloa yang bertanggungjawab membawa masuk dadah tersebut. Namun melalui pemerhatian polis, lelaki yang ditahan “adalah anggota kumpulan penjenayah yang beroperasi di (negeri barat laut) Durango dan Sinaloa.” Media tempatan kemudiannya mengenal pasti mereka sebagai ahli Kartel Sinaloa.
Terdahulu pada 12 Julai, pihak berkuasa telah terlibat dalam satu perang berdarah dengan anggota Sinaloa Kartel di sekitar kawasan kejiranan Topilejo, selatan Mexico City.
Seramai 150 orang anggota dan tiga helikopter dipanggil untuk melancarkan perang berdarah ke atas kumpulan tersebut. Sinaloa Kartel turut membalas serangan tersebut dengan menggunakan senjata berat, bom tangan dan senapang penempak tepat.
Hasil serangan tersebut, telah mencederakan empat pegawai dan 14 orang ditangkap. Empat kemudiannya dibebaskan kerana kekurangan bukti.
Pihak berkuasa kemudian mendakwa bahawa tahanan lain yang tidak dibebaskan adalah ahli Sinaloa Kartel yang ada kaitan dengan anak lelaki Joaquín “El Chapo” Guzmán.
Dalam tempoh dua tahun lebih yang lalu, kira-kira 50 ahli Sinaloa Kartel telah ditangkap kerana beroperasi di Mexico City, menurut akhbar negara tersebut El Universal. Dalam serbuan sebelum ini, bungkusan dadah dilabelkan dengan logo Toyota.
Penggunaan nama jenama popular untuk melabelkan bungkusan dadah bukanlah perkara baru di Mexico. Ia sering digunakan untuk membezakan kualiti, produk atau destinasi akhir.
Tetapi penggunaan logo Tesla berlaku hanya beberapa bulan selepas pengasas syarikat itu, Elon Musk, menulis di Twitter bahawa dia “membeli Coca-Cola untuk memasukkan kokain semula.”
Ia dianggap sebagai jenaka, tetapi Sinaloa Kartel mengambil serius kenyataan tersebut. Vc
El Chapo Hasilkan Kokain Baharu Jenama Tesla Dan Prada
Baca Artikel Menarik:
- Mat Tudung kembali beraksi
- Poor boy from ‘gangster town’ turns into top cop
- Rosyam Nor kendali Sembang Viral
- Kedai Cik B kena sihir lagi – Vida
- Tengku Zafrul bawa ‘gula’ untuk BN tawan Selangor
- 3 pesilat negara lakar nama sebagai juara baharu dunia
- Saya gam mereka dulu – Abon
- PRU dah nak dekat… – Ismail
- Tuntut naik gaji kufur nikmat terbesar, Cassa bidas Cuepacs
- MN Plus tidak perlu diungkit, sudah berlalu selepas PN wujud
- Hadi kata PH tipu manifiesto, Muhyiddin buat muka tebal seolah-olah tidak bersalah
- Agihan kerusi dalam PN, Muhyiddin kata pada PAS ‘lebih kurang minta halal’
- 1.2 juta warga China ‘hilang dari radar’, mana imigresen?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura
‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.