Doktor terkejut terima jenazah anak di hospital Gaza

Doktor terkejut terima jenazah anak di hospital Gaza

RUTIN harian seorang doktor di sebuah hospital di Gaza memberikan rawatan kepada penduduk Palestin sedikit berbeza hari ini apabila dia menerima kedatangan ahli keluarganya sendiri yang terkena serangan udara tentera Israel.

Tambah mengejutkan bagi doktor itu, seorang anak lelakinya terkorban manakala anak-anaknya yang lain cedera dalam serangan berterusan tentera rejim di semenanjung tersebut sejak 7 Okt lalu.



Kisah menyayat hati dialami doktor yang tidak didedahkan namanya itu merupakan antara penderitaan dikongsi Agensi Berita Palestin Wafa di laman Facebook agensi itu pada Ahad.

Video berdurasi 23 saat itu menunjukkan seorang doktor dengan memakai uniform kerja berwarna hijau sedang mententeramkan anak-anaknya yang cedera dan trauma yang mendapatkan rawatan di premis bapa mereka bekerja.

Pada video video sama, bapa itu dilihat terkejut dengan mengangkat kedua-dua tangan dan menyapunya ke muka selepas melihat jenazah anak lelakinya yang terbaring kaku di katil hospital.

Doktor itu kemudiannya beredar dan ditenteramkan lelaki lain dipercayai rakan sekerjanya.



Agensi Berita Wafa turut berkongsi hantaran video lain mengenai kanak-kanak Palestin yang trauma dan ketakutan susulan serangan udara tentera Israel.

Konflik yang bermula Sabtu lepas mengakibatkan sekurang-kurangnya sejuta penduduk Gaza hilang tempat tinggal susulan serangan udara berterusan tentera rejim di Gaza.

Ini selepas Israel mengeluarkan amaran agar penduduk Palestin di utara dan tengah Gaza berpindah ke selatan selepas dipercayai akan melancarkan operasi darat besar-besaran di wilayah itu.

Dalam kenyataan bersama, Liga Arab dan Kesatuan Afrika menyifatkan konflik itu akan membawa kepada genosid yang tidak pernah berlaku.



Setakat Ahad, sekurang-kurangnya 2,450 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan tentera rejim di Gaza manakala lebih 9,200 lagi cedera.
Utv

Doktor terkejut terima jenazah anak di hospital Gaza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Elly Mazlein perli siapa?

Rosnah Mat Aris mak tiri Ira Kazar?



Azira Shafinaz bikin panas ‘belanja lurah’

Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker