Kaki judi percaya ada nombor bawah perut kura-kura

Gambar kura-kura yang dikatakan terdapat empat angka nombor selepas disapu bedak.

PETALING JAYA – Pelbagai cara digunakan kaki judi terutamanya kaki nombor ekor untuk mencari dan mengesan kedudukan empat angka yang dianggap ajaib kepada mereka.

Antaranya, ada kaki judi yang sanggup berjumpa ‘bomoh nombor’ yang memerlukan barangan atau senjata lama untuk dibaca mentera sehingga dikatakan empat angka akan keluar menerusi barang terbabit.

Walaupun keadaan kediaman ‘bomoh nombor’ sendiri yang usang dan nak roboh, namun masyarakat kita tetap percaya akan kehebatan bomoh tersebut mendapatkan nombor bertuah yang dinantikan.

Kisah pencarian nombor ekor ini bukan sahaja terkenal di negara kita malah di beberapa negara lain terutamanya Thailand dan Indonesia juga sama.

Terkini, tular di media sosial berkenaan kemunculan empat angka ajaib di bawah perut haiwan terutamanya kura-kura.

Dikatakan selepas bertemu dengan kura-kura tersesat, perlu melalui beberapa proses antaranya menabur serbuk bedak ke perut kura-kura sehingga timbul angka yang tersembunyi.

Rata-rata orang ramai juga geli hati dengan kaedah terbabit dan menyatakan kaki judi memang akan sanggup melakukan apa sahaja walaupun cara tersebut adalah salah.

“Memang kaki nombor ni dia tak kira, apa sahaja melintas depan mata mesti ada sahaja cara mereka nak dapatkan nombor,” jelas Saifullah Kaisah.

“Ada juga yang puja tandas lama, batu nisan lama. Kadang-kadang jumpa kerbau jantan pun mereka cari nombor dekat tanduk kerbau tu, macam-macam lah,” jelas Yuji Kataro. – KOSMO! ONLINE.

Kaki judi percaya ada nombor bawah perut kura-kura

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker