Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

KEHADIRAN penyanyi popular, Ziana Zain di sebuah kedai makan sambil ‘belanja’ lagu “Anggapanmu” mencuri tumpuan wargamaya.

Video yang tular di aplikasi TikTok, merakamkan Ziana dengan memakai baju berwarna jingga dan berseluar cream.



Sementara itu, rata-rata netizen memuji suara Ziana yang dianggap masih berbisa meskipun sudah meningkat usia.

“Powernya suara pinjaman Allah untuk Ziana, walaupun dah berumur masih maintain.

“Umur makin berusia tapi masih boleh tarik tinggi, mantap.

“Perh! Dia tarik macam tu je suara dia.



“Macam tu je dia tarik, baru gear 1, the legend!” antara balas wargamanya.

Sehingga artikel ini ditulis, video yang dimuat naik pengguna TikTok @ukasyah_gomen menerima lebih 300,000 tontonan dan 18,000 tanda suka.

Untuk info, Ziana bakal mengadakan satu konsert berskala besar bersama adiknya, Anuar Zain, pada 6 Ogos 2022 bertempat di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Terdahulu, Gempak melaporkan sebanyak 50 peratus tiket untuk konsert yang diberi judul Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 telah habis dijual dalam masa tiga jam sahaja. Gempak



Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!



Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker