Tiada usul undi tak percaya bukti rakyat hanya dimomokkan – Sulaiman
Tiada usul undi tak percaya bukti rakyat hanya dimomokkan – Sulaiman
MELAKA – Ketiadaan sebarang usul undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini membuktikan dakwaan itu hanyalah omongan kosong.
Menurut Sulaiman, hubungan beliau bersama semua 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) amat baik dan tidak mempunyai sebarang masalah.
“Ada yang sebut akan berlaku undi tak percaya, saya tak tahu dari mana datang cerita ini dan saya yakin pada ketika itu siapa yang berani buat undi tak percaya?
Hubungan saya bersama 21 ADUN BN ini baik. “Jadi rakyat di Melaka ini dimomokkan lagi dengan kisah undi tak percaya, sedangkan sebenarnya tiada masalah pun malah saya tidak sikit pun bimbang dengan apa yang diperkatakan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media pada hari terakhir Persidangan Ketiga, Penggal Pertama, DUN Melaka Yang Ke-15 di Seri Negeri di sini hari ini.
Mengulas lanjut Sulaiman berkata, pelbagai tohmahan yang dilemparkan sebelum ini termasuk kononnya hubungan beliau tidak sehaluan dengan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh juga tidak memberi kesan terhadapnya. “Saya dan dia (Ab Rauf) tak ada masalah pun, saya dah kawan dengan dia lebih 10 tahun dan tak pernah risau pun kedudukan saya tergugat atau tidak.
“Orang yang lantik saya, beri watikah lantikan adalah presiden parti (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), kalau (Ahmad Zahid) panggil saya turun baru saya turun. “Tapi kalau tiada arahan dari parti, macam mana saya nak step down (lepas jawatan), jadi orang luar sana nak tuduh apa pun, tuduhlah,” katanya.
Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Sulaiman mungkin sekali lagi berdepan undi tidak percaya pada Sidang DUN kali ini. Ab Rauf Yusoh bagaimanapun dalam reaksi balasnya pada 8 Julai lalu menafikan pergolakan politik Melaka seperti yang dilaporkan itu.
Beliau dalam nada tegas berkata, laporan portal terbabit berniat jahat serta boleh mengganggu gugat kestabilan politik negeri sambil menyifatkan ia bukanlah pertama kali dilemparkan terhadap kepemimpinan BN Melaka. MG
Tiada usul undi tak percaya bukti rakyat hanya dimomokkan – Sulaiman
Baca Artikel Menarik:
- ADUN Tronoh didapati bersalah rogol pembantu rumah
- Baru kenal tak sampai 24 jam kena cekup khalwat
- Wany Hasrita simpan rahsia selama 12 tahun
- Haneesya Hanee cemburu dengan Anna Jobling?
- Pengundi takkan tertipu dengan logo PN baharu, tapi wajah lama – penganalisis
- Bukan tak ada kerja, rakyat Kelantan suka berhijrah – Amar
- Lalu jalan baru diturap, motosikal ‘mangkuk ayun’ tersekat [VIDEO]
- Kertas siasatan pendakwah bebas rogol remaja dirujuk TPR
- Calon PM UMNO yang ditetapkan MKT adalah Ismail Sabri Yaakob
- Kepala lelaki terselamat dengan topi keledar berkualiti walaupun kepalanya digilis tayar bas [VIDEO]
- Suami ceraikan isteri bukan doktor selepas 3 hari berkahwin
- Empat maut ambulans ‘melekat’ di plaza tol
- Permohonan gantung bayar RM3.1 juta kes potong zakar ditolak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tang Mana Wanita Melayu Sampai Terkangkang Depan Juri (Video)
Bapa polis anak makan tisu, mengarut betul AC Mizal – Netizen