Saya masih sayangkan Shuk, tapi hanya sebagai kawan

 

Isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera masih menyimpan perasaan sayang terhadap suaminya walaupun berdepan dengan kemelut rumah tangga yang tidak berpenghujung, sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, Sera atau nama sebenarnya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah perasaan sayang hanya sekadar kawan, tidak berlebihan.

“Mestilah masih ada perasaan sayang, tetapi sebagai kawan. Perasaan lain sudah tiada,” katanya kepada BH Online.



Ditanya adakah akan memberi peluang kedua kepada Shuk sekiranya suami menyesali perbuatannya, Sera berkata, perkara itu tidak difikirkan lagi.

“Kalau tanya adakah saya akan menerimanya kembali, saya tak tahu nak cakap. Ini kerana ia membabitkan masa depan yang belum pasti,” ujarnya.

Mengulas status rumah tangganya, Sera mengambil pendirian untuk mengunci mulut.

“Maaf, saya tak boleh nak ulas perkara itu,” katanya ringkas.



 

Sera tidak menghalang Shuk yang kini tinggal di Pulau Pinang bertemu dua anak pada bila-bila masa. - Foto IG Rossa Sera
Sera tidak menghalang Shuk yang kini tinggal di Pulau Pinang bertemu dua anak pada bila-bila masa. – Foto IG Rossa Sera

Sera ditemui pada majlis Meet & Greet Face Of Inayah Beauty di Bandar Utama, hari ini.

Mengulas hubungan Shuk dan anak-anak, Sera berkata, dia sentiasa memberi kebebasan kepada suami menemui anak-anak.

“Anak-anak ada dengan saya. Namun, Shuk sekarang menetap di Pulau Pinang.



“Apabila berada di Kuala Lumpur, Shuk boleh melawat anak-anak pada bila-bila masa.

“Jujurnya, saya tiada masalah jika Shuk bertemu dengan anak-anak. Saya juga tidak halang mereka bersama,” katanya lagi.

Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman



Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi

Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker